Walaupun belum ada sebarang pengesahan tentang drama Coffee Prince, nampaknya peminat Fattah Amin dan Janna Nick sudah tidak sabar-sabar untuk saksikan gandingan mereka berdua.

Mana tidaknya, baru-baru ini sebuah akaun Jannafattah telah diwujudkan untuk tujuan update segala perkembangan terkini drama remake Cofee Prince.

Peminat Wujudkan Akaun JannaFattah?

Malah, admin tersebut juga telah kongsikan satu link petisyen untuk mempertahankan Fattah sebagai hero drama ini.

Menariknya, dalam banyak-banyak posting, sebuah Insta video yang telah dirakam oleh Fattah sendiri bertanya soalan kepada Janna Nick membuatkan ramai tertunggu-tunggu apakah jawapannya.

IKLAN

Difahamkan, video yang diperkatakan ini telah dimuat naik oleh Fattah melalui insta stories dan dikongsikan di laman ini kerana ada berkait rapat dengan status mereka sebagai pelakon


“ Hi Janna, kau ke yang belakon Coffee Prince tu?,” Soal Fattah pada Janna.

IKLAN

Dengan keadaan yang cukup santai Janna membalas…

“Buat jelah, jangan nak mengada-ngada. Gediklah! kalau kau tak buat sadakallah je lah,” balas Janna dengan nada berjenaka.

IKLAN

Selain itu video Live Insta Micheal Ang juga turut mendapat perhatian apabila dia telah mengumumkan siapakah barisan pelakon yang terlibat secara ‘verbal’.

Pengumuman barisan pelakon oleh Michael Ang . @Regrann from @embunreal – “Kau nak ke berlakon dengan ex kau. Gila!” – Mike. – Jujurnya jawapan mike..???. – @Regrann from @fatt4stictv80xds – Sian Mike kena jwp bertalu² org tanye psl Hero Coffee Prince. Hero tetap kita still #Fattahamin ye. Hero Pink ni gk la yg Astro nk sesgt. For hater, jgn la jeles ye? . Baiknye YPM bg Hand Phn kt Mike.Yg last skali tu I loike? klu tak nk jd G.I.L.E.R…tak yah la nk soh Hero kita act dgn Si ‘Ex’ ye ?? Udah² ler..ponatt ler asik² dgn soklan yg sama jerk dr pusher² sakalian??? . L0ts 0f ??? from #Fattzura ?? . #Fattzura #Fattahamin  #Fazura  #Fattahrians  #Fazbulous  #FO #lotsoflove #heroseorangcinderella #PM #YPM #YPC #Artispopular #fenomena #wanitaterindah #Coffeeprince #fatt4stictv80xds – #regrann – #regrann

A post shared by Coffee Prince Malaysia (@jannafattah) on

Apa pun MH Online tidak kisah siapa sahaja yang bakal membintangi drama ini asalkan jalan ceritanya menarik dan menghiburkan sudah memadai.

Jadi sama-sama kita nantikan update drama yang penuh kontroversi ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI