Pelakon dan penyanyi terkenal, Alif Satar akui teruja apabila bakal digandingkan dengan Neelofa sebagai pelakon utama untuk sebuah drama bersiri Red Velvet hasil sentuhan pengarah popular Michael Ang.

Lebih istimewa, Alif memberitahu drama Red Velvet sebuah naskah yang mempunyai jalan cerita yang lebih menarik dan berkualiti.

Namun, belum sempat lagi menjalani penggambaran Red Velvet, drama itu hangat dikatakan bakal menjadi fenomena baru.

Malah, peminat sudah mewujudkan hashtag baru #Alofa di laman sosial gabungan dua pelakon drama tersebut iaitu Alif Satar dan Neelofa.

“Saya akan bekerjasama dengan Neelofa dalam drama terbaru Red Velvet. Saya tak sabar untuk bekerjasama dengan beliau,” ujar Alif dalam temu bual Hlive

Red Velvet akan ditayangkan di slot Mega Drama iaitu slot sama bagi drama Suri Hati Mr Pilot lakonan utama Neelofa dan Fattah Amin.

IKLAN

Keserasian dan kisah percintaan Neelofa dan Fattah Amin menjadi faktor utama drama SHMP mencipta kejayaan drama paling popular ketika itu.

Sememangnya, gandingan kali ini membuatkan peminat mereka berdua ternanti-nanti, terutamanya peminat Neelofa kerana dia pernah menolak tawaran berlakon drama Hero Seorang Cinderella.

IKLAN

Michael Ang yang akan mengarahkan satu lagi drama selepas Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella. Antara pelakon hebat watak utama juga telah diumumkan menjayakan Red velvet hasil karya Acik Lana yang diadaptasi dari novel kali ini ialah Alif Satar, Neelofa, Jihan Muse dan Emma Maembong.

Peminat Wujud Hashtag Baru #Alofa

IKLAN

Agak-agaknya, #Alofa mampu atau tidak mengatasi fenomena #Lofatta dan #Fattzura. Alif dan Neelofa dijadualkan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan.

 

Sumber : HLive

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI