Pelakon Ramona Zamzam menerima khabar gembira bahawa beliau sedang hamil cahaya mata sulung hasil perkahwinan bersama suaminya, Rami Alashkar, 29 setelah dua tahun berkahwin.

Ramona merupakan seorang yang agak aktif, oleh itu, suaminya yang cukup teruja dengan kehamilan tersebut melarang Ramona untuk membuat kerja-kerja berat di rumah.

Malah, suaminya mengambil semua tanggungjawab menjaga rumah tangga mereka termasuk membasuh baju dan mengemas rumah.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 27 baru-baru ini, telah memuat naik beberapa foto mereka baby bumpnya yang sudah kelihatan dan nampak membesar di instagram miliknya.

Peminat Teruja Baby Bump Ramona Zamzam

Memang sudah jelas kelihatan baby bump Ramona yang juga bekas finalis Dewi Remaja itu dan dia tetap tampil bergaya walaupun sedang mengandung.

IKLAN

Peminat Teruja Baby Bump Ramona Zamzam

Peminat Teruja Baby Bump Ramona Zamzam

Para peminat mula menghujani ucapan tahniah menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di instagram.

IKLAN

Rata-rata peminat cukup teruja melihat foto tersebut dan mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan baik. Ada juga memuji Ramona kelihatan berseri-seri.

Malah, selepas Ramona disahkan hamil, ada yang mengusik bayi dalam kandungan mungkin lebih kuat genetik daripada suami, maklumlah ada campuran Arab.

Apa-apa pun MH mendoakan agar Ramona diberikan kesihatan yang baik.

IKLAN

Ramona dan suaminya, Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Peminat Teruja Baby Bump Ramona Zamzam

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI