Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nama Nur Fazura Sharifuddin atau dikenali Nur Fazura ketika ini hangat diperkatakan kerana gandingan bersama pelakon kacak Fattah Amin di dalam drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang. Bukan itu sahaja,drama tersebut menjadi trending dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi.

Drama Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura ini nampaknya turut menjadi trending di Twitter. Rata-rata peminat yang menonton drama tersebut, suka dengan gandingan Ian dan Medina. Drama ini telah  mencipta fenomena seperti Suri Hati Mr Pilot.

Selain itu penampilan dan watak Fazura berhijab dalam drama itu juga jadi perhatian orang ramai kerana Fazura tampak sangat cantik dan sesuai dengannya yang manis. Bukan saja cantik malah mempunyai personaliti yang boleh membuatkan sesiapa yang melihatnya akan terpikat.

Tular baru-baru ni, Fazura telah memuat naik gambarnya bersama Fattah Amin dalam program Meet and Greet di primavalet Ostia Bangi di Instagram. Fazura yang cantik berpakaian baju kurung merah jambu dan berhijab,namun dikritik.

Penampilan Fazura yang ayu berbaju kurung namun peminat lebih fokus pada tudung yang dikenakan kerana dikatakan terlalu singkat.

Penampilannya itu telah ditegur beberapa peminat di Instagram. Ramai yang kurang senang dengan tudung Fazura tersebut. Dakwa mereka tudung yang dipakai Fazura terlalu singkat dan menampakkan dadanya.

 

Ada juga peminat yang tidak suka Fazura dikritik dan berkata supaya sebelum menegur orang,lihatlah diri sendiri dan gunakanlah perkataan yg elok-elok.Yang salah itu, menegur orang tapi menggunakan perkataan yang kasar.

Namun,rata-rata peminat menyukai gandingan pelakon Fattah Amin dan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella kerana keserasian mereka di dalam drama tersebut. 

Peminat juga memuji lakonan Fattah yang dilihat semakin baik dan mantap sejak berkerjasama dengan Fazura.

Walaupun Fazura menerima kritikan yang teruk,Fazura masih tampil hebat dalam apa acara sekalipun kerana dia sememangnya bijak dalam memilih pakaian dan Fazura sememangnya cantik bila berhijab.

Sumber : Instagram missfazura

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

 

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "