Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafiz Hamidun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini bersama seorang pengasas kosmetik, Joy Revfa.

Terbaru, ada khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi lagu berunsurkan ketuhanan ini rumah tangganya sedang bergolak.

Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui kerana, MH Online ada menghubungi penyanyi ini untuk bertanyakan tentang khabar angin yang sedang menjadi bualan ramai ketika ini.

Hafiz menjawab kepada MH Online bahawa nanti dia akan memberikan kenyataan rasmi dalam masa yang ditetapkan olehnya.

“Nanti saya buat statement boleh? Tapi mungkin dalam minggu depan atau minggu satu lagi,” ujarnya.

Namun apabila diajukan lagi soalan-soalan lain, nampaknya Hafiz enggan mengulas lanjut tentang khabar angin ini.

Menurut satu sumber, Hafiz dan isterinya memang jarang kelihatan bersama. Ini kerana kedua-duanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Malah difahamkan juga Hafiz sering berada masanya di rumahnya di Damansara sementara Joy pula di rumahnya di Shah Alam.

“Hanya sesekali sahaja mereka akan berjumpa. Disebabkan itulah mereka jarang kelihatan bersama, masing-masing sibuk,” ujar sumber itu.

Sejak berita ini menjadi tular, ramai peminat yang mendoakan agar rumah tangga yang dibina itu kekal dan hendaklah diselamatkan jika benar sedang bergolak. 

Faridah Hidayu: Semoga tabah n sabar, semua rmhtangga dilanda badai, kita lah yg mempertahankannya.

Farah Mn: Semoga Mereka dikurniakan kebaikan dan dilindungi Allah.. jum kita doa sama2.. x baik kata mcm2… kita x tau bahagian kita nanti di masa akan dtg.

Diharapkan perkahwinan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja dan semua khabar angin ini tidak benar.

Terdahulu, Hafiz dan Joy selamat diijabkabulkan pada Mei lalu dan majlis nikah telah diadakan secara sederhana di Dewan Masjid Negeri, Shah Alam.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki dan jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pernikahan mereka telah disaksikan seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Buat pengetahuan semua, ini merupakan perkahwinan kedua buat Joy dan dia mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: