Tular kini di media sosial tentang sebuah rakaman video seorang pelayan yang tanpa sengaja tersimbah sup panas pada seorang kanak-kanak.

Video rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) ini merakamkan pelayan tersebut sedang berjalan dengan membawa semangkuk besar sup dan tergelincir kerana lantai licin dan akibatnya sup berkenaan tertumpah ka atas kanak-kanak. 

Setelah sup panas tersebut tersimbah pada kanak-kanak itu, dengan sepantas kilat ibunya mengangkat anak itu dan membawanya jauh sedikit daripada kawasan tumpahan sup.

Bapanya juga dilihat dengan cemas bangun dan berlati mendapatkan anaknya itu.

Terkejut melihat situasi cemas itu, namun sejauh mana kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut tidak pula kami ketahui.

Jom kita tengok video rakaman CCTV tersebut.

IKLAN

Menerusi sebuah portal, rata-rata netizen berang dan mengatakan bahawa pelayan itu cuai ketika melakukan kerja sehingga mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak berkenaan.

Sweetss Bearzss: Kau takkan tak boleh hati-hati..kecacatan pada muka budak tu tak akan boleh diganti..

IKLAN

Deric Dolii: Alalala kasihan budak tu, kena saman lah pelayan tu

Dalam pada itu ada juga netizen yang faham bahawa pelayan itu tidak sengaja mendatangkan kecederaan.

AA: mak ai, licin betul lantai tu . siapa yg tumpahkan air tu dia yg bersalah.

IKLAN

noorhayati Yati: Lantainye licin bukan dia sengaja..kasihan anak tu.

Farhan Gaminz: Lantai tu licin dia tak sengaja tu.

Jika dilihat semula video tersebut, pelayan itu tidak sengaja menumpahkan sup panas itu dan dia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Namun begitu faktor keselamatan harus diutamakan agar perkara yang tidak diingini seperti ini terjadi lagi.

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI