Pelakon lelaki, Syazwan Zulkifly terpaksa berdepan dengan situasi cemas apabila dia terbabit dengan kemalangan jalan raya di Leburaya Kuala Lumpur – Karak berhampiran Genting Sempah, baru-baru ini.

Sewaktu kejadian berlaku, Syazwan berkata dia sedang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Cherating, Pahang untuk menjalani sesi penggambaran sebuah drama terbarunya yang berjudul Sehangat Cinta Antasha.

Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan bin Zulkifli berkata, dia berasa bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan cuma sakit-sakit badan sahaja walaupun keadaan keretanya remuk teruk.

“Ketika itu hari sudah petang dan saya lihat langit agak mendung. Gerak hati saya tak berapa ‘sedap’. Tak lama kemudian hujan mula turun dan entah macam mana ketika saya mahu memusing stereng, tiba-tiba rasa sesuatu tak kena pada tayar belakang dan terus terbabas masuk ke longkang.
“Keadaan kereta memang remuk teruk, tapi nasib baik saya tidak apa-apa dan hanya sakit-sakit badan saja. Disebabkan hujan terpaksalah saya menunggu di tempat kejadian hampir sejam sementara menunggu perkhidmatan Uber untuk meneruskan perjalanan ke Cherating.
“Memang cemas ketika itu kerana bukan saja memikirkan kereta yang remuk tetapi turut teringatkan pelakon lain dan kru sedang menunggu saya,” katanya.

Syazwan juga turut berkata, buat masa ini keretanya masih lagi berada di bengkel.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

“Saya akan berurusan dengan pihak insurans dulu dan hal lain tunggu selepas saya selesaikan penggambaran drama ini dulu,” katanya. Pelakon Syazwan Zulkifly Kemalangan

Sumber: Harian Metro

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322
Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI