Select Page
  • 3.6K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.6K
    Shares

Baru-baru ini pelakon Riz Amin ada memuat naik gambar menunjukkan dia mengalami kecederaan ketika menjayakan filem Polis Evo 2.

Terdahulu, Zizan Razak juga menanggung nasib yang sama mengalami cedera ringan ketika penggambaraan filem tersebut dilakukan.

MH dapat rasakan filem sekuel ini sarat dengan aksi yang mendebarkan. Bukan senang tau nak jadi pelakon, bukan setakat ambil watak cinta-cinta sahaja.

Riz atau nama sebenarnya Norizan Nordin dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang Selangor ditemani teman baiknya, Zizan.

Bagaimanapun, Riz berkata menerusi laman Instagram miliknya, dia tidak mengalami kecederaan yang serius dan turut mengucapkan terima kasih kepada Zizan yang membantunya ketika itu.

First of all.. I would like to say tq so much to my beloved friend @zizanrazak869 nuar n nano dia hantar kete kita ke hospital sebab Riz kena naik ambulance..pastu dalam hospital dia la yg tolak wheelchair aku p xray bagai..dressing punya time pun Dia dok tunggu .pastu siap hantaq sampai depan umah 🙏🏻.tq brother Alhamdulilah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq 🙌🏻😎💪🏻🙏🏻..bukan senang jadi pelakon haha risiko tinggi sometimes 😄..learning process tgh shooting polis evo2 scene yg melibatkan action ckit ja hahah tetomoehhhh (tersungkur) benda nak jadi kan but alhamdulilah everything was ok👌🏻 nite salamm #filmmaker #filmmaking tq jugakkkk pada nurse doctor dan pihak hospital klang layanan yg sempurna n sangat peramah 🙌🏻😊🙏 ni abg ambulance bomba medic nindiaaaa👍🏻💪🏻😄 steady trokkk!!!salute ampa semua!!!

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on

“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, @zizanrazak869, Nuar dan Nano hantar kereta ke hospital sebab saya kena naik ambulance.

 

 

“Selepas itu dalam hospital dia la yang tolak kerus roda saya pergi xray. Waktu tengah cuci luka pun dia tunggu. Siap hantar sampai depan rumah.

 

 

“Terima kasih brother, Alhamdulillah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq,” katanya.

Rata-rata pengikutnya berharap pelakon itu cepat sembuh dan memuji pelakon utama filem itu kerana membantu Riz.

Dalam masa sama, Riz turut berkata bukan mudah untuk bergelar seorang pelakon dan dia telah tersungkur untuk melakukan babak aksi.

“Bukan senang nak jadi pelakon. Risiko tinggi kadang-kadang. Proses pembelajaran tengah shooting Polis Evo 2 babak aksi sikit ja tersungkur.

 

 

“Benda nak jadi kan tapi Alhamdulillah semuanya okey,” kata Riz lagi.

Turut membintangi Polis Evo ialah Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: