Terdapat sebuah video yang mula tular di media sosial yang merakamkan gelagat seorang pelakon Hollywood, Scott Eastwood mencuba makanan ringan dari Malaysia.

Menurut sebuah akaun Facebook pemilik video ini, di kapsyennya tertulis, makanan ringan ini memang dibawa khas dari Malaysia ke Paris hanya untuk Scott Eastwood.

Pelakon Hollywood, Scott Eastwood Cuba Makanan Ringan Malaysia

“Scott Eastwood tries Malaysian Snacks

 

“So we brought Malaysian snacks all the way to Paris for Scott Eastwood – guess which one is his favorite?

 

“Siap smuggle Durian popcorn masuk hotel lagi :P,” tulisnya.

Antara makanan ringan yang dimakan oleh Scott adalah seperti keropok ubi bika, kek pandan, biskut beras dan keropok durian.

Pelakon Hollywood, Scott Eastwood Cuba Makanan Ringan Malaysia

Sememangnya di negara kita makanan ringan tersebut menjadi kegilaan semua lebih-lebih lagi ketika di zaman persekolahan malah sehingga dewasa juga ada yang masih menggemari makanan tersebut.

IKLAN

Lucu melihatkan reaksi Scott ketika memakan makanan tersebut dan nampaknya dia juga seakan suka dengan makanan-makanan itu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah ketika dia memakan keropok durian dan dia menyukainya di mana rata-rata orang yang bergelar ‘mat saleh’ selalunya jarang meminati buah tersebut.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif terhadap video tersebut setelah menontonnya.

IKLAN

Mohd Iskandar: very gentleman & so sporting Scott Eastwood. You’re the man!

Syamimi Haziqa: Nabilah Bt Abdul Wahid haaa tgk..fav snack kite dia makan jugakkkkk hahaha

Mohd Redzuan: ALep Murad nah,mat salleh pn minat taw

IKLAN

Selamat Hari Raya: Omputih pun suka jajan duriaaaannnn Pahlawan Hitam

Scott akan muncul dalam filem Overdrive di pawagam pada 27 Julai ini dengan memegang watak sebagai Andrew Foster.

Sumber: Facebook GSCinemas

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI