Pelakon Bollywood yang terkenal sebagai watak ibu penyayang, Reema Lagoo meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor BBC.

Reema meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai selepas mengalami serangan jantung pada malam Rabu.

Pelakon itu terkenal memainkan watak sebagai ibu kepada watak-watak utama dalam filem dan drama TV serta turut berlakon dalam beberapa drama dalam bahasa Marathi.

Reema memulakan kerjaya pada tahun 1970-an membintangi berpuluh-puluh filem terkenal Bollywood seperti Hum Aapke Hain Koun, Kuch Kuch Hota Hai, dan Maine Pyar Kiya.

Keluarganya telah mengesahkan bahawa Reema meninggal pada 3.15 pagi pada hari Khamis di Kokilaben Dhirubhai Ambani Hospital, Mumbai.  

IKLAN

Menantunya Vinay Waikul berkata, ibu mentuanya itu mengadu sakit dada pada jam 1 pagi lalu membawanya ke hospital.

Bagaimanapun Reema meninggal dunia.  

IKLAN

Pemergiaan Reema ini memberi kejutan kepada industri perfileman Bollywood yang berasa amat terkejut dengan berita kehilangan tersebut.  Ramai yang seakan tidak percaya kerana kematian ini benar-benar mengejutkan.  

Pada majlis pengebumian Reema, ramai  rakan-rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bintang seni tersebut seperti Aamir Khan, Kajol, Rakesh Bedi, Viraf Patel, dan seluruh rakan-rakan industri perfileman Bollywood.

IKLAN

 Ini kerana bintang seni ini cukup terkenal dan banyak berjasa kepada industri perfileman mereka.  Reema juga terkenal dengan sikapnya yang ramah dan mesra serta komited dengan kerja.    

Reema dilahirkan di Nayan Bhadbhade.  Memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan pengajian.  Berlakon di dalam filem/drama Hindi dan Maranti filem.  

Reema Lagoo memenangi empat anugerah di Filmfare dalam kategoril pelakon pembantu terbaik.

Reema berkahwin dengan Vivek Lagoo bagaimanapun telah berpisah.  Pasangan ini mempunyai anak iaitu  Mrunmayee yang juga merupakan pelakon.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI