Kini di laman media sosial sedang heboh dengan satu video rakaman seorang pelajar sekolah yang memukul ibunya kerana mahukan duit.

Video itu merakamkan pelajar tersebut yang kelihatan seperti mahu bersiap untuk ke sekolah memukul ibunya sambil melontarkan kata-kata kesat.

Biadap, itulah satu perkataan yang bermain di minda ketika menonton video tular tersebut. Di manakah perginya sikap hormat seorang anak terhadap ibu yang melahir dan membesarkannya selama ini.

Ibunya pula menangis dan kelihatan sungguh takut pada si anak yang memukulnya dan cuba membaling kerusi. 

IKLAN

Menerusi akaun Facebook yang mula-mula berkongsi video ini, rata-rata netizen kelihatan berang dengan melontarkan rasa marah mereka di ruangan komen video tersebut.

Sheila Sunam: aku harap tangan kau patah! badan lumpuh!!!! biar seksa dulu sebelum mati tak sempat minta maaf dgn mak kau!!!! siap..patut kecil2 cekik sampai mampus…mohon sepa jiran2 budak ni kalau kenal bawa dia one on one dulu…dgn mak dia berani la pukul.

Syukri Shahruddin: Hari ni ko boleh pukul mak ko. Dont worry.. Doa seorang mak mst makbul.. Allah confirm akan bagi cash kat ko. Masa tu jgn ko merangkak mintak ampun kat mak ko dah la. Moga ko diberikan hidayah dan cepat2 bertaubat. Kasih seorg mak tiada penghujungnya.

IKLAN

Dalam pada itu juga, ada segelintir netizen yang mengatakan salah anak ini menjadi biadap adalah berpunca daripada ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga mereka berani memijak kepala kedua orang tuanya.

Mohammad Ridzwan Dollah: Minta maaf cakap ya. Harap setuju lah ya semua. Hasil manjaan dan ikut kemahuan melampau anak2 sejak kecil. Jadi itulah…bila dah jadi mcm ni, payahlah sikit nak di ajar

IKLAN

Cast Kazama: skang ne ramai mak bapak terlalu sayangkan anak smpai semua perkara ayah dia buat… sedangkan anak2 dh besar.. sekolah menengah.. malah ada yg diploma pun masih mak bapak yg handle uruskan segala2 dlm rumah.. kain baju pun mak ayah basuhkan… balik dari sekolah mak ayah tolong kutipkan pakaian swkolah… anak2 balik main campak…. Pepatah melayu… melentur buluh biar dari rebungnya…

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, namun begitu sebagai seorang anak takkan tiada langsung rasa kasih dan sayang pada ibu yang membesarkannya dari kecil?

Diharap perkara yang terjadi ini dapat menjadi iktibar buat semua orang diluar sana baik ibu dan bapa ataupun anak.

Ibu bapa harus lebih tegas dalam mendidik anak-anak dan untuk si anak pula sedarlah bahawa syurga kamu terletak di bawah telapak kaki kedua orang tuamu, hormati dan sayangilah mereka selagi mereka masih bernafas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI