Select Page
  • 13.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    13.2K
    Shares

Masih ingat kami ada kongsikan satu cerita mengenaik Mas Idayu yang kini kembali ceria apabila menonton persembahan peserta yang menyanyi lagu Sambalado?

Baru-baru ini, MH ada menonton video penuh persembahan tersebut. Tidak dinafikan memang lucu apabila peserta tersebut tersalah sebut lirik dengan perkataan yang jauh lari maksudnya.

Seperti yang kita tahu selama ini Mas Idaya atau lebih dikenali sebagai mami memang terkenal dengan sikap bengis dan tegasnya apabila memberi komen, namun utuk episod kali ini Mas Idayu kelihatan cukup terhibura dan geli hati kerana kesilapan peserta menyampaikan lagu tersebut.

Namun apa yang lebih melucukan, apabila tiga orang juri, termasuk Mas Idayu diminta untuk tiru gaya peserta dan menyanyikan semula lagu tersebut.

Kedua juri di sebelah Mas Idayu kelihatan sungguh yakin dan menghiburkan menyanyi lagu tersebut. Namun Mas Idayu kelihatan sungguh kaku dan ‘lost’ sewaktu membuat persembahan.

MH yakin mesti kerana Mas Idayu sendiri sebenarnya tidak biasa atau hafal lagu ini bukan?

Lebih melucukan sebaik sahaja mereka habis membuat persembahan, beberapa barisan juri meminta untuk diberi peluang untuk memberi komen tentang persembahan tiga juri yang berada di atas pentas.

Nampaknya semua ingin ‘membalas dendam’ pada Mas Idayu dengan mengikut caranya menegur peserta.

Mas idayu yang into the character hanya mendiamkan diri, mencebik bibir dan pura-pura menangis seperti peserta-peserta yang pernah ditegurnya sebelum ini.

Memang gamat studio dengan suara gelak tawa penonton, juri, peserta dan pengacara! Pecah perut dibuatnya.

Mereka sengaja mengulangi ayat-ayat yang pernah dilemparkan oleh Mas Idayu sebelum ini kepada peserta yang mengecewakannya.

Tidak mengambil hati, Mas Idayu hanya teruskan lakonan dan akhirnya turut ketawa sama.

Apapun comel betul episod ini! MH memang terhibur betul.

Okay tak nak cakap banyak, tengok sendiri episod ini.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: