Bakal melancarkan bisnesnya tidak lama lagi, anggota kumpulan Forteen iaitu One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shariffufin, 28, mengakui terpaksa menepis dan juga mengetepikan tanggapan negatif masyarakat mengaitkan dirinya dengan homoseksual.

Bisnes yang akan dijalankan merupakan spa khusus untuk lelaki sahaja menyebabkan ia dipandang serong oleh sesetengah individu.

Spa itu bakal dilancarkan secara rasmi pada 27 Ogos dan terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Dia juga ada memuatnaik entri mengenai spa barunya itu.

One Forteen Dipandang Serong Kerana Spa Lelaki

“Ke gym kita pagi ni… Apa2 pon mai follow @musclemen.spa Spa lelaki yg kita akan di buka bulan Ogos ni! Support ok!”

Tambah ahli kumpulan Forteen itu lagi, spa khusus untuk kesihatan lelaki itu diceburi kerana mahu menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan pada masa depan.

IKLAN

Dia juga mengakui lebih berminat menambahkan lagi serinpenampilan agar kelihatan lebih segak apabila berhadapan dengan orang ramai.

Nampaknya sejak ke gym, nampak One semakin sado dan lengan pun semakin besar.

Mungkin ramai yang meminta One berkongsi tip yang ingin menjadi seperti dirinya dan disebabkan itulah dia berminat membuka spa untuk lelaki dan bukan seperti yang didakwa.

IKLAN

Berikutan rentetan perubahan badannya itu, One juga banyak mendapat perhatian ramai kaum hawa dan dia juga dilihat sering menayang badannya yang sado di Instagram miliknya.

One Forteen Dipandang Serong Kerana Spa Lelaki

 

IKLAN

One Forteen Dipandang Serong Kerana Spa Lelaki

Rata-rata peminat teruja melihat perubahan yang terbaru ini dan memuji badan penyanyi kacak itu.

Musclemen Spa menawarkan lima jenis servis kepada pelanggan iaitu keterampilan (waxing, Classic Muscular Pedicure, Classic Muscular Manicure), urutan (urutan Bali, tradisional, aromaterapi, tenaga batin) dan rawatan badan (bekam sunnah, mandian susu, body mask, body scrub, detox muscular scrub).

MH ucapkan selamat maju jaya untuk One dan Musclemen Spa yang akan dibuka itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI