Select Page
  • 19K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    19K
    Shares

Eh apa cerita ni? Dalam keseronokan kita melihat majlis perkahwinan Mawar Rasid dan pasangannya Raf Yaakob, rupa-rupanya beberapa hari lalu Raf, ada meluah rasa sedihnya apabila tidak dapat bersama kedua-dua anaknya di majlis resepsinya.

Melalui sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram, Raf memberitahu dia tidak pernah abaikan untuk sertakan anak-anaknya dalam apa sahaja aktivitinya.

Namun kerana sikap sesetengah individu yang terlalu pentingkan diri sendiri dan kejam membuatkan dia tidak dapat bersama anak-anaknya di majlis resepsi bersama Mawar.

These were tailormade especially for the both of you to wear this evening as your Mummy Rose & Papa walk down the aisle. Now they will remain on their hangers, UNWORN. My dearest children, rest assured that Papa and Mummy Rose have always included you in our lives but due to the cruel and selfish act of others, you are restricted from being with us tonight at #MawaRafReception. Rayyan and Chanela kesayanganku, we love you very much and we will have you in our hearts every step we take this evening. ❤️💖💙💗 @rayyanchanelaraf There will come a day when your mama going to get married and IF the kids are with me, I will still give you two to mama. It’s your mama historic day. Benda sekali seumur hidup, I faham. Take it.

A post shared by RAF @ Raden Ahmad Faizal (@rafyaakob) on

Di akhir ruangan kapsyen Raf turut memberitahu sekirannya ibu kandung kepada dua anaknya itu akan berkahwin sekali lagi, dia pasti tidak akan mengalang anaknya untuk turut serta kerana dia memahami itulah detik paling bersejaran dan hanya akan terjadi sekali seumur hidup.

Namun, baru sebentar tadi MH ada terbaca kenyataan daripada sebuah portal hiburan tempatan, memberitahu bekas isteri Raf yang dikenali sebagai Maria, membuka mulut dan menjawab segala tuduhan yang diterimanya sejak Raf muat naik status tersebut.

Di Instagram, Maria meminta untuk Raf tidak membuat sebarang tuduhan tidak berasas dan mencipta drama dalam hal begini.

Dia memaklumkan anaknya itu sebenarnya tidak sihat dan sebagai seorang ibu, dia memandang serious tentang kesihatan anaknya.

Salam,
Kepada sesiapa yang berkenaan

  1. Raysaa tidak sihat, demam, selesema, batuk dan ada masalah tonsil.
  2. Menurut perjanjian mahkamah yang telah dipersetujui oleh kedua pihak, hari tersebut merupakan hari di bawah jagaannya.
  3. Tiada sebarang pembincangan tentang kehadiran majlis resepsi dan hanya diberitahu sehari sebelum majlis untuk kedua-dua anaknya hadir.
  4. Menurut perjanjian mahkamah, sebarang pertukaran waktu jagaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dan perlu memastikan kesihatan anak terlebih dahulu.
  5. Jika si ibu terlalu mementingkan diri dan kejam kedua-dua anak tidak akan benarkan anak untuk hadir ke majlis pernikahan.
  6. Jangan buat tuduhan melulu dan drama.

Namun MH percaya, semua ini terjadi hanya kerana sedikit salah faham. Kerana baru beberapa jam yang lalu, Raf ada memuat naik video di Insta Stories miliknya menunjukan anak-anaknya itu sedang bergembira bersama ibu baru mereka.

Apapun mudah-mudah tiada sebarang kes serious yang berlaku antara mereka. Mungkin benar, sebagai seorang ibu kebimbangan mereka terhadap anak-anak memang agak menebal.

Mungkin, Maria tidak mahu anak-anaknya menjadi salah seorang penyebar penyakit dan ingin anaknya itu dapat rehat yang secukupnya.

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: