Siapa yang tidak kenal dengan Nurhayati Tahir, gadis viral yang berasal dari Besut,Terengganu yang menghasilkan video menggunakan loghat unik dan mula terkenal setelah memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebooknya.

Nurhayati sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana banyak menghasilkan video gurauan tetapi sarat dengan mesej dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

Selain itu, videonya tular kerana loghatnya dan aksi yang bersahaja mencuit hati, membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya tidak kering gusi.

Nurhayati berkata ketika dijemput ke rancangan Motif Viral, lenggok dan cara bercakap loghat siam dalam videonya itu adalah sama seperti percakapan harian ibunya menyebabkan dia terikut-ikut.

Tambahnya, dia juga tak menyangka video pertama dimuat naik sehari sebelum puasa menjadi tular sehingga mencecah 2 juta tontonan.

IKLAN

Menurutnya gadis berusia 26 tahun ini, video pertama bertajuk ‘Berhutang Tak Reti Bayar’ itu menerima reaksi positif netizen kerana memberi mesej yang tersendiri dalam cara penyampaian humor dan bersahaja.

Sejak video itu tular, dia semakin dikenali ramai dan ada yang menghubunginya meminta untuk memuat naik video seterusnya.

Selain mendapat pujian, tidak kurang juga yang mengecam, tetapi dia hanya berfikir positif kerana ada komen memberi nasihat yang tidak menjatuhkan dirinya serta tidak menghalangnya untuk terus berkongsi video.

IKLAN

 

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI