Pasangan romantis Norman Hakim dan Memey bakal bersanding buat kali kedua bagi meraikan majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-6.

Memey yang dihubungi memberitahu semua ini merupakan idea asal daripada suaminya memandangkan mereka berdua merupakan duta kepada Mahligai Impian, syarikat menguruskan pakej kelengkapan perkahwinan.

Malah Memey juga menambah, ini merupakan peluang dan masa yang terbaik untuk menyatukan ahli keluarga semula dan menjadikannya sebagai simbolik.

Norman, Memey Naik Pelamin Lagi

IKLAN

“Majlis sanding ni sebenarnya sempena anniversary saya n abang Norman yg ke-6. kebetulan saya dan abang juga adalah duta kepada syarikat Mahligai Impian yang menguruskan pakej kelengkapan perkahwinan. Jadi alang-alang kita celebrate sekali untuk meraikan…

 

“Ini semua idea daripada abang Norman dan dia rasakan inilah masa terbaik untuk satukan keluarga besar kami sebagai simbolik dengan bersanding semula ramai-ramai,” katanya.

Dalam masa yang sama, Memey turut berkongsi dia sekeluarga bakal mengadakan majlis doa selamat untuk meraikan anak bujang hasil perkongsian hidup Norman bersama bekas isterinya Abby Abadi yang baru sahaja tamat belajar dan berjaya hafaz al-Quran.

Norman, Memey Naik Pelamin Lagi

IKLAN

Dia turut memberitahu mereka bakal menerima 1000 orang jemputan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

IKLAN

Perarakan bersanding, acara potong kek, makan beradab semuanya akan berjalan seperti biasa sama seperti majlis sebenar.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang.

MH Online dengar kata Abby Abadi juga akan turut hadir dan bakal naik pelamin bersama. Betul ke?

Hmmmm, kalau nak tahu kenalah tunggu 24 September akan datang ini okay.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI