Seronok melihatkan keakraban dua pasangan ini, Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suaminya.

Lebih kurang seminggu yang lalu, Norman dan Memey telah membuat kejutan buat Abby dan suaminya yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Abby di akaun Instagramnya dengan memuatnaik sekeping foto bersama kapsyen luahan rasa terharu dengan kejutan tersebut.

“Terharuuuuu ??

Terima Kasihhhhh Oman & Memey. Lainkali takyahlah suprise2 gini.. maluuuuu ??,” tulis kapsyennya.

Selain daripada foto tersebut, Abby juga turut berkongsi sebuah video sambutan ulang tahunnya itu.

IKLAN

Tergambar kegembiraan pada setiap wajah dalam keluarga besar mereka ini. Kita yang melihat juga seakan turut merasakan bahagia yang mereka sekeluarga kecapi.

Rata-rata pengikut Abby di Instagramnya juga turut senang dengan keakraban mereka ini dan meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen.

IKLAN

halimahemmarashid: Silatulrahim yg tak pernah putus salute derang ni..???

sue_fadz: TAHNIAAAAHHHH… Hepi Anniversari Abby&Jaaaaii

IKLAN

enng9zaf: baiknya hati memey & Suami..bahagia tengok kak Abby & suami

nurinadhirasofia: Terharu tgok keikhlasn hti2 mereka ni, smga sntiasa dpt rahmt n kbgiaan sllu tuk kluarga mreka bdua. Dan smuga kami2 ni yg msih lemh iman dpt hdayah dn hti yg bersih lgi mulia speti mrka. Aminn.. Ya rbbl alamin.

Semoga keluarga besar mereka ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan buat selama-lamanya.

Sumber: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI