Walaupun bukan lagi pasangan suami isteri, Norman Hakim mengakui sedih dengan keadaan bekas isterinya, Abby Abadi yang mengalami keguguran baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon berusia 41 tahun ini juga risau dengan tahap kesihatan bekas anggota Elite itu sepanjang tempoh kehamilan lalu.

Tambahan pula, katanya, Abby menjalani proses kehamilan di kala usia mencecah 40 tahun selain mengalami tekanan darah tinggi.

“Sebenarnya, saya bimbang. Lagipun, dia mengadu ada tekanan darah tinggi bahkan keadaaannya juga membimbangkan.

IKLAN

“Jadi, saya juga ada nasihatkannya agar sentiasa jaga kesihatan dan bersenam.

 

“Tapi, saya tak sangka pula yang kandungannya tak dapat diselamatkan,” katanya sebak pada Media Hiburan ketika ditemui selepas sidang media program Che Din Kan Ada, semalam.

Katanya, rasa itu timbul lantaran menyifatkan Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria sebagai sebahagian daripada keluarga besarnya.

Tambahan pula, katanya, Abby adalah ibu kepada tiga anaknya, Mohamed Danish Hakim, 14; Marissa Dania Hakim, 12; dan Maria Danisha Hakim, 10.

IKLAN

“Rasanya, semua orang tahu bagaimana keadaan kami dulu hingga satu peringkat kita letakkan satu titik noktah dan berusaha mencari keharmonian.

 

“Dan… Alhamdulillah, kami dah mencapai tahap keharmonian itu.

 

“Saya rasa semua ini atas kejayaan doa anak-anak jua,” katanya.

Bukan itu sahaja, bintang filem Pasrah ini juga turut bersimpati dengan Muhammad Faizal yang meletakkan harapan tinggi untuk memiliki anak sendiri.

IKLAN

Pun begitu, suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut meninggalkan kata-kata semangat buat mereka.

“Saya nasihatkan mereka supaya terus bersangka baik dengan ALLAH dan yakin dengan perancangan-Nya.

 

“Saya lihat Abby kuat dan tabah hadapi dugaan ini malah reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Norman bakal menjalani penggambaran siri terbaharu Gerak Khas bersama Erra Fazira tidak lama lagi.

Teks: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI