Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam kerana bulan ini merupaka bulan yang penuh dengan barakah dan keberkatan.

Buat penyanyi wanita, Nora Ariffin beliau telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac lalu disebabkan serangan jantung di akaun instagram miliknya.

Nora Rindu Ramadan Bersama Suami

“Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa,after terawih abang akan tunggu i dan Putri depan pintu.Then i akan salam abang… kita moreh dan pulang sama-sama.

“Kalau di Makkah, after terawih pun sama, abang akan tunggu dan bawa I jalan-jalan dan minum coffee. Seronok sangat.

“Semoga di sana nanti, abang juga akan tunggu I macam abang tunggu di dunia. Tak sangka Ramadan tahun lalu adalah kali terakhir untuk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadan. I nak jumpa abang lagi.”

“Al-Fatihah buat suamiku yang dirindui.

JOHAN NAWAWI.. 1966-2017”  

Mengakhiri luahan rindu terhadap arwah suaminya.

IKLAN

Nora turut berkongsi nukilan dari Lukman S,penulis lirik terkenal “ Yang Patah Kan Tumbuh Yang Hilang Kan Berganti Namun Yang Datang Tiada Serupa”

“Saban hari kita dikejutkan oleh berita kematian, samada orang terdekat,tersayang dan yang selalu bermain di mata atau jauh di mata. Ketahuilah bahawa mati itu pasti dan hidup insya’allah”

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikut Nora juga turut tersentuh dengan Nukilan penyanyi tersebut. Ramai yang memberi kata-kata semangat buat Nora agar tabah menghadapi segala ujian yang diberikan kepadanya.Nora Rindu Ramadan Bersama Suami

Sumber › Instagram Nora Ariffin, itsnoraariffin

IKLAN

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI