Penyanyi, Nick Jonas bukanlah seorang yang suka kisah peribadinya disensasikan media memandangkan dia seorang yang mementingkan privasi.

 Nick Jonas Buka Rahsia 10 Tahun Yang Lalu Ketika Bersama Selena Gomez, Buat Ramai Terkejut!

Entah bagaimana, dalam satu temu bual di Radio 1 BBC, Breakfast Show, Nick berkongsi banyak cerita terutama sekali kisah cintanya bersama penyanyi, Selena Gomez dan Miley Cyrus, satu ketika dahulu.

Dalam satu segmen, dia harus memakai alat ‘heartbeat monitor’ yang memantau sama ada degupan jantungnya perlahan atau laju apabila ditanya mengenai sesuatu topik.

IKLAN

Penyanyi lagu ‘Jealous’ itu pada mulanya tenang tetapi mula berubah apabila penyanyi lagu ‘Wolves’, Selena muncul di skrin.

 Nick Jonas Buka Rahsia 10 Tahun Yang Lalu Ketika Bersama Selena Gomez, Buat Ramai Terkejut!

IKLAN

“Hai Nicholas, ini Selena, saya nak tanya kamu ingat lagi tak masa kita semua pergi ke Central Park 10 tahun dahulu,” soal Selena.

Secara paksa rela, Nick bercerita pengalaman yang paling sukar dilupakannya.

IKLAN

 Nick Jonas Buka Rahsia 10 Tahun Yang Lalu Ketika Bersama Selena Gomez, Buat Ramai Terkejut!

“Masa itu, saya dan abang saya masih di dalam Jonas Brother dan sangat menjaga privasi kami terutama dalam hubungan cinta.

“Pada ketika itu, kami sepatutnya mengadakan ‘double date’…saya dan Selena manakala Joe dan Taylor (yang tidak disahkan sama ada mereka berpacaran ketika itu) di Central Park.

“Tapi malangnya, disebabkan saya tidak mahu orang tahu mengenai hubungan saya dengan Selena, saya menyuruh dia jalan 20 kaki jauh daripada saya. Keadaan yang sama juga terjadi pada Joe dan Taylor.

“Ketika itu, kelihatan kami seolah-olah jalan seorang diri di taman sedangkan sepatutnya kami berdating. Sebab itu Selena marah kerana pengalaman dating di taman musnah kerana saya,” ceritanya.

Amboi sampai macam tu sekali nak jaga privasi kisah percintaan masing-masing ya.

Haish tak boleh bayang betul macam manalah kalau perkara ini jadi pada kita kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI