Selepas selamat melahirkan anak ketiga 10 Mei lalu, pelakon terkenal Nia Ramadhani telah mengejutkan ramai menerusi penampilan terbarunya.

Masakan tidak, pelakon yang mencipta nama menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini tampil persis seperti anak dara.

Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga

Bahkan penampilan terbarunya itu telah membuatkan ramai wanita mencemburuinya.

Ia berbeza dengan penampilannya selepas melahirkan bayi sulungnya Mikhayla Zalindra Bakrie pada 2 Jun 2012, Nia tidak lagi mempunyai bentuk badan yang kurus dan cantik seperti dahulu.

Kalau difikirkan, memanglah seseorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan bentuk badan ketika proses kehamilan.Jadi, tidak mustahil juga bagi diri Nia.

IKLAN

Menerusi laman Instagram (IG) Nia Ramadhani telah memuat naik fotonya bergaya dalam satu fotografi.

Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga

Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga

IKLAN

Foto tersebut menampilkannya bersama empat ibu lain bersama anak masing-masing dengan tema ‘The Gorgeous Mom’.

Nia pula cantik bergaya bersama tiga orang anaknya Mikhaila Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya baju yang dipakainya yang terlalu singkat hinggakan netizen menganggap Nia terlupa untuk memakai seluar.

IKLAN

Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga

Sumber : Instagram Nia Ramadhani Bakrie

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI