Select Page

Nampaknya bukan rezeki Shikin Gomez untuk memikul gelaran juara dalam pertandingan Asia’s Next Top Model musim ke 5 namun sehingga kini para netizen tidak berhenti memuji dan memberi kata semangat padanya.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mempertikaikan kemenangan Maureen Wroblewitz dari Filipina di tempat pertama dan menyifatkan kemenangannya itu telah diatur dan boleh diagak kerana tagline pencarian tersebut “Expect the unexpected”.

 

Congratulations @mauwrob ! #expecttheunexpected #asntm #asntm5

A post shared by #shikingomez (@shikingomez) on

Sungguh pun begitu, ramai netizen memberi kata-kata positif buat peserta dari Malaysia ini.

Walaupun tidak bergelar juara, tetapi ramai yang mula meletakkan nama Shikin sebagai juara di dalam hati mereka.

Shikin yang selalu memenangi tugasan mingguan ini mendapat perhatian ramai dengan gaya uniknya berambut pendek dan berkulit gelap.

Model serba boleh ini telah membuktikan pada semua orang, kulit dan rupa bukanlah ukuran penting untuk menyerlah. Sebaliknya, keberanian dan semangat mampu membuatkan seseorang itu maju kehadapan dan meyakinkan gadis di luar sana kecantikan itu adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Semoga maju jaya buat Shikin Gomez dan mudah-mudahan capai segala cita-citanya.

Jom kita lihat beberapa gambar Shikin Gomez sepanjang berada dalam AsNTM musim ke-5

Comments

error: