‘Kus Semangat’ bila terlihat gambar yang dikongsi oleh pelakon dan penyanyi wanita popular, Ayda Jebat kelihatan wajahnya seperti patung seram Annabelle.

Gambar tersebut dikongsikan oleh Ayda di akaun Instagramnya dengan kapsyen,

“??

 

“Goodnight from Aydabelle. #AydaJebat #Aydajadiannabelle #Annabelle,” tulisnya.

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Gambar Ayda berdiri di belakang pengarah dan penerbit terkenal, Sheila Rusly itu memang kelihatan sungguh menyeramkan.

Menerusi perkongsian Ayda ini, rata-rata netizen telah meninggalkan komen menyatakan bahawa mereka sangat terkejut melihat wajah Ayda itu.

azirahrahmat94: kuss semangat .. jgn mcm-2 hahahha

syahmi_261099: @aydajebat that face really scares me (totally).Yesterday watching Annabelle 2 at cinema really freak me out,but this #Aydabelle make even worse of it??

IKLAN

umairah_mea: Ayda Jebat kat belakang tu macam annabelle

jenifer.wincci: Menakutkn yg belakang tu @aydajebat

aimi_jasmi: Dik…tadi takot nk tgok…sumpah seram!!! Dh siang bru blh tenung muka aydabelle tu???@aydajebat

Fuh memang betul seram bila Ayda buat muka macam tu. Mesti ada yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi lepas tengok gambar ni kan.

IKLAN

Sedikit info tentang patung Annabelle yang sangat ditakuti ramai ini dan ianya merupakan kisah benar.

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll dari kedai barangan lama.

Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya.

Donna telah meletakkan patung Annabelle itu di atas katil sebagai perhiasan tanpa mempunyai rasa curiga terhadap patung itu.

IKLAN

Namun setelah beberapa hari dia mula merasakan sesuatu yang aneh dan anak patung itu seolah-olah telah bergerak dengan sendirinya.

Netizen Terkejut Wajah Ayda Jebat Macam Patung Annabelle

Kadang-kadang patung itu berdiri dan bersandar di atas kerusi, kadang-kadang juga patung itu kelihatan seperti memeluk tubuh.

Tidak sedap hati dengan apa yang telah berlaku, Donna telah mendapatkan bantuan daripada penyiasat dan rupanya dalam patung tersebut terdapat roh yang bernama Annabelle berusia tujuh tahun.

Sungguh menyeramkan dan sehingga kini patung Annabelle ini disimpan rapi dan tidak boleh disentuh atau dikeluarkan daripada kotak simpanan.

Sumber: Instagram Ayda Jebat & Media Viral Sensasi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI