Beberapa bulan sahaja lagi akan berlangsungnya anugerah berprestij di Hollywood iaitu, Oscar 2018.

Baru-baru ini, pihak Academy of Motion Picture telah mengumumkan senarai nama penggiat seni yang akan diundang ke anugerah tersebut termasuklah bintang-bintang daripada Bollywood.

Rentetan daripada pengumuman nama tersebut telah mencetuskan tanda tanya kenapa hero Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan tidak tersenarai dalam jemputan tersebut bersama artis Bollywood yang lain.

Netizen Mengamuk Kerana Shah Rukh Khan

IKLAN

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa kecewa dan kesal di laman media sosial malah ada yang protes dengan menentang keputusan Academy of Motion Pictures.

Setelah bertimpa-timpa kritikan dilemparkan, lalu pihak Academy of Motion Pictures akhirnya memberi penjelasan mengapa nama Shah Rukh Khan tiada dan senarai undangan.

Namun penjelasan yang diberikan oleh ketua panitia Oscar itu telah mengundang lagi kemarahan peminat setia Shah Rukh Khan. Dikatakan alasan yang diberikan itu dianggap keterlaluan.

IKLAN

Menurut sumber, pihak Academy telah menjelas syarat-syarat yang harus dipenuhi bagi seseorang penggiat seni yang diundang ke Oscar dan alasan yang diberikan seolah-olah mengatakan bintang Bollywood berusia 52 tahun itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Academy.

“Syarat dasarnya adalah individu itu harus mendemonstrasikan prestasi luar biasa di bidang theatrical motion pictures,” jelas Academy dalam satu pernyataan rasmi mereka.

Netizen Mengamuk Kerana Shah Rukh Khan

IKLAN

Penjelasan yang diberikan itu agak mengejutkan kerana seperti yang diketahui ramai Shah Rukh Khan merupakan seoarang aktor yang popular dan berprestasi tinggi dan dedikasinya terhadap bidang perfileman Bollywood layak mendapat pengiktirafan.

Antara barisan artis Bollywood yang diundang ke Oscar 2018 adalah Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Priyanka Chopra, Aishwarya Rai, Deepika Padukone dan Salman Khan.

Sumber: India Times

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI