Select Page

Mengucapkan rasa kasih sayang terhadap ibu bapa boleh dilakukan dengan bermacam cara.

Bagi penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Tingting, cara keluarganya menyampaikan rasa kasih itu mungkin berbeza daripada keluarga lain.

Baru-baru ini beberapa keping gambar memperlihatkan Ayu mencium mulut bapanya Abdul Rozak tular di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat netizen.

Dalam gambar itu, Ayu merangkul leher bapanya dan melekapkan bibirnya ke bibir bapanya.

Walaupun gambar ini diambil pada tahun 2016, gambar ini kembali menjadi viral dan menjadi perbincangan setelah kembali diulang siar oleh netizen.

Ada yang menganggap perbuatan tersebut sangat tidak wajar dan dilakukan oleh ayah dan anak.

Netizen yang rasa kurang senang dengan perilaku itu mula bersuara memberi pandangan masing-masing.

Namun, Ayu tampil menerangkan keadaan sebenar mengenai gambar tersebut. Ia menyampaikan bahawa ciuman itu hal biasa terjadi di dalam keluarganya.

“Sejak dulu, hari lebaran tahun-tahun yang lepas saya akan lakukan begitu dengan ayah, dan ibu juga. Kecuali lelaki lain, terserah jika orang mahu kecam. Saya tak peduli,” jelas Ayu.

 

Sumber : kapanlagi.com

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Comments

error: