Jika sebelum ini, populariti seseorang selebriti itu diukur menerusi kemenangan yang diterima dalam sesebuah majlis anugerah hasil undian peminat.

Namun kini sosial media juga boleh dijadikan medium dalam mengukur populariti seseorang selebriti itu.

Begitu jugalah kisahnya dengan perkhabaran terbaru apabila Neelofa kini menjadi antara selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial.

Menerusi perkongsian yang di buat oleh selebriti serba boleh ini di laman Twitter, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini mempunyai 4.9 juta pengikut di laman Instagram.

Neelofa Rampas ‘Takhta’ Nora Danish

Neelofa Rampas ‘Takhta’ Nora Danish

IKLAN

“4.9m guys! We have come a long way together and thank you for being with me all the way here! Here’s to more fun times on IG! #ilofayou “ tulis Neelofa.

Ia sekali gus memecah rekod yang dipegang pelakon Nora Danish selama tiga tahun.

Sebelum ini, pada Ogos 2014 Nora Danish diisytiharkan menjadi artis pertama memegang rekod selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di laman Instagram dengan 4.8 juta pengikut.

Pastinya populariti Neelofa naik mendadak selepas fenomena Lofattah yang memberi kesan hebat di dalam kerjaya Neelofa sebagai pelakon selain jenama tudungnya, Naelofar Hijab yang kini berjaya.

IKLAN

Apapun tahniah diucapkan kepada Neelofa yang kini menjadi selebriti paling popular di Instagram. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah seorang usahawan yang berjaya pula tu di usia muda.

Semoga Neelofa terus berjaya pada masa depan dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Neelofa Rampas ‘Takhta’ Nora Danish

IKLAN

Neelofa Rampas ‘Takhta’ Nora Danish

Neelofa Rampas ‘Takhta’ Nora Danish

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI