Filem dukun sememangnya sebuah filem yang sudah lama dinantikan oleh penonton dan selepas 12 tahun akhirnya filem ini ditayangkan di pawagam.

Ada yang mendakwa filem ini juga adalah diinspirasikan daripada kisah benar namun barisan pelakon kepada filem ini, Datin Umie Aida, Faizal Hussein serta Hasnul Rahmat menyatakan ianya terpulang kepada penonton yang menilainya ketika ditanya oleh pengacara cantik, Neelofa sewaktu program Meletop bersiaran pada hari Selasa yang lalu.

Dalam program tersebut, Neelofa telah berkongsi ceritanya selepas menonton filem tersebut sehingga dia tidak dapat tidur selama dua hari kerana watak yang dilakonkan oleh Umie sebagai Diana Dahlan itu menggambarkan personaliti seperti Mona Fandey yang pernah disabit kesalahan membunuh ahli politik, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

IKLAN

Rentetan daripada itu, Neelofa berkongsi dengan semua penonton bahawa dia pernah berjiran dengan Mona suatu ketika dahulu.

IKLAN

“Saya nak cakap sikitlah, kalau betullah filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar, saya dilahirkan di sebuah kampung di Kelantan dan rumah saya betul-betul berhadapan dengan dukun tu (Mona) dan sampai sekarang rumah tu masih lagi berada di situ.

 

“Saya tak boleh tidur selama dua hari lepas tonton filem tu sebab bila saya berjumpa dengan keluarga saya yang memang ada gambar dengan dia, pergi ke rumah dan makan masakan dia so benda tu rasa macam dekat sangat,” kata Neelofa menceritakan pengalamannya yang pernah berjiran dengan Mona.

IKLAN

Apapun, bagi MH setiap orang mempunyai penilaian dan interpretasi tersendiri selepas menonton filem Dukun.

Sumber: Youtube Meletop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI