Selepas timbulnya pelbagai spekulasi mengenai ‘drama percutian’ di antara Neelofa dan Fattah Amin di Koh Samui beberapa minggu lalu, selebriti popular, Neelofa akhirnya berkongsi apakah yang terjadi sebelum mereka berangkat ke destinasi percutian terkenal itu.

Akui bintang Suri Hati Mr.Pilot ini, dia ada terserempak dengan pasangan heronya menerusi drama tersebut itu sebanyak dua kali iaitu ketika tiba di lapangan terbang dan saat berada di boarding area.

“Saya tidak merasakan sesiapa melarikan diri atau apa pun. Saya memang plan untuk bercuti pada 14 Jun lagi iaitu sebelum berangkat ke Mekah. Semuanya sudah ready. Booking, bilik dan flight semua. Bila sampai di lapangan terbang pada 6.30 pagi tu, ya saya ada berjumpa dengannya, maksudnya berselisih.

 

“Lalu saya selesaikan check in, kemudian berselisih lagi dengan another grup, jumpa pula di boarding area,” kata Neelofa kepada Media Hiburan.

Jelas Neelofa lagi, tiada isu sama ada mereka mahu menyorok dan sebagainya. Sebaliknya, mereka hanya mahu bercuti untuk merehatkan minda.

IKLAN

Neelofa akui bertembung 2 kali dengan Fattah sebelum ke Koh Samui

IKLAN

“Kami teruskan perjalanan itu seperti biasa. Tiada isu nak menyorok, masuk awal atau lambat. Tidak ada. Saya tak buat apa salah. Saya mahu bercuti rehatkan minda. Jadi tidak ada perasaan seperti akan ada drama atau akan ada buat ‘scene’,” beritahunya lagi.

 

“To be honest, kalau saya di tempat mereka, saya ada teruskan penerbangan. Buat macam tidak ada apa-apa jadi. Buat macam biasa. Kalau saya, saya akan buat macam tu. Itu pendapat saya.

 

“Saya ke sana untuk have fun, nak relaks tapi bila jadi macam ni, saya agak kecewa sikit. Terutamanya bila ada spekulasi yang tak best. Tapi things happened,” luah Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran rangkaian tudung terbaru dari Naelofar Scarf, Maya baru-baru ini.

Maya yang merupakan barisan tudung satin pertama dari syarikat itu mempunyai empat variasi warna iaitu Maya Ivory (putih), Maya Slate (Kelabu), Maya Azure (biru) dan Maya Fuschia (merah jambu).

IKLAN

Lebih menarik, Maya turut memperkenalkan edisi terhad yang bertatahkan Swarovski.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI