Alhamdulilah dan tahniah diucapkan kepada Datuk Nassier Wahab kerana bakal mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Penerbangannya adalah pada tarikh 27 Ogos.

Oleh itu, sebelum berangkat ke tanah suci, Nassier akan mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat sempena pemergiannya itu.

Nassier juga memohon maaf jika tidak dapat bertemu dengan semua saudara-mara dan rakan-rakan kenalannya.

IKLAN

Nassier Wahab Tunai Haji 27 Ogos

“Seandainya saya tidak berjumpa dgn anda sebelum saya ke Mekah, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala dosa saya terhadap anda. Doakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan saya dalam menyempurnakan rukun Islam yang kelima dan mendapat Haji yang Mabrur,” ujarnya.

Ini merupakan pengalaman Haji yang pertama buat Nassier. Sebelum ini dia hanya mengerjakan ibadah Umrah sahaja.

IKLAN

“Lain rasanya Haji dan Umrah. Sekarang ini pun dah kena banyak belajar untuk berubah sikap ke arah yang lebih positif,” jelasnya.

Nassier ke Mekah bersama pengurusnya Aliff. Isterinya, Datin Fatimah tidak dapat turut serta atas masalah kesihatan yang dialami.

IKLAN

“Kak Fatimah tak dapat ikut sebab buat rawatan dialisis tiga kali seminggu. InsyaAllah, akan bakan buatkan Haji untuk dia nanti,” tuturnya.

InsyaAllah, kami di MH Online ucapkan selamat jalan dan selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur.

Teks Oleh: Meen Tahrin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI