Nampaknya isu teguran Datuk Chef Wan telah ‘selamat’ sampai ke pengetahuan Nabil Ahmad, selaku salah seorang pengacara Gegar Vaganza 4.

Melalui sebuah video yang telah di muat naik ke media sosial dan tersebar di internet, Nabil yang kelihatan cukup tenang mempersoalkan apa yang sebenarnya terjadi.

Menurutnya lagi, cara Chef Wan menegurnya tentang cara pengacaraannya di media sosial hanya membuka peluang pada semua orang caci, maki dan hina dirinya.

IKLAN

Malah dia turut mengingatkan, Gegar Vaganza kini sudah musim keempat dengan cara, konsep dan pengacara yang sama dan berharap Chef Wan boleh beri teguran dengan cara yang lebih betul.

Apapun Nabil tidak lupa untuk merendahkan dirinya dengan meminta maaf atas segala ketelanjurannya sepanjang berada di pentas dan cuba untuk perbaiki diri.

IKLAN

IKLAN

 

Apapun MH rasa respect dengan Nabil kerana walaupun menjadi mangsa keadaan dan tomohan netizen yang agak keterlaluan, Nabil masih boleh bersabar dan cuba sampaikan mesej ini dengan cara yang baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI