Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kredibiliti Nabil Ahmad dalam mengacarakan Gegar Vaganza selama tiga musim berturut-turut menjadi bukti bahawa sinaran bintangnya dalam dunia pengacaraan tidak boleh dipandang sebelah mata.  

Berkongsi mengenai aturan seninya pada ketika ini, Nabil atau nama lengkapnya, Ahmad Nabil Ahmad, 34, memberitahu dia cukup berbesar hati dan bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.

Katanya lagi, tiada usaha yang datang tanpa adanya usaha berterusan untuk memajukan diri.

“Saya sedar, kehadiran pelawak dan pengacara muda khususnya memberi motivasi untuk kita untuk lebih berdaya saing dan mencari lebih kreativiti dalam mencipta identiti sendiri.

 

“Macam saya, lepas menang Raja Lawak dulu, saya pun gigih struggle untuk mencari tapak dalam dunia seni dan Alhamdulillah, usaha selama ini dilihat berbaloi.

 

“Pada kedudukan sekarang, saya sendiri sudah ada punya perancangan lain demi memastikan jenama ‘Nabil Ahmad’ itu kekal relevan dalam industri.

 

“Sebab saya percaya, sebagai seorang selebriti, kita perlu lebih kreatif dan berani dalam menerusikan survival terhadap apa yang dilakukan sekarang,”katanya serius.

Nabil ditemui Media Hiburan pada majlis Sembang Santai, Jakel Barulah Raya2017 di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi mengenai sisi apa yang dimaksudkan dengan survival tersebut, selebriti yang dilahirkan pada 26 September 1983 ini menjelaskan, dia teruja dalam menantikan respons peminat terhadap sebuah sitkom berjudul Bus Stop.

Rancangan yang yang bakal bersiaran pada 2 Jun depan itu bakal menyaksikan himpunan nama popular yang akan mengemudi sitkom tersebut.

Antaranya termasuklah Sherry Al-Hadad, Ippo Hafiz, Ebby Yus dan Angah Raja Lawak.

“Kiranya ini merupakan projek pertama yang diterbitkan di bawah produksi Nabil Ahmad Productions dan apa yang menariknya mengenai Bus Stop ini ialah, kami bawakan sebuah bas ekspress ke dalam studio ketika rakaman program tersebut!

“Lagi pula, kita sudah lama tidak dihidangkan dengan rancangan berbentuk sitkom dan kali ini, saya ambil inesiatif dengan menerbitkan rancangan berbentuk sedemikian,” ujar Nabil panjang lebar.

Terangnya lagi, selepas Bus Stop, dua lagi rancangan yang bakal dijayakannya ialah Fan Fanatik dan The Black Vine yang bakal bersiaran di Astro Oasis tidak lama lagi.

“Saya mahu beri signature berbeza untuk Nabil Ahmad Productions. Biar orang sedar, kalau kami yang terbitkan, mesti rancangan tersebut akan lain dari yang lain,” katanya menanam impian.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "