Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pernah berkongsi cerita pada MH tentang persiapan rayanya tahun lepas, Ika Nabella sentiasa ingin luangkan waktu yang penuh bersama keluarganya di musim perayaan.

Katanya lagi, persiapan yang dilakukan selalunya serba sederhana kerana apa yang lebih penting adalah bonding time antara keluarga.

“Keluarga saya besar, jadi biar persiapan macam mana sekalipun, bila rama-ramai berkumpul pasti suasana akan jadi meriah.

“Jadi pada waktu inilah rasanya adalah masa yang terbaik untuk saya bermesra dan mengisi masa ‘all out’ dengan keluarga saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bila menjelang Aidilfitri ada seseorang yang akan sentiasa berada di fikirannya.

Orang itu tentulah arwah Opahnya yang sudah meninggal sejak tujuh tahun yang lalu.

“Dari zaman sekolah, kami merupakan insan paling gembira bila menjelang raya kerana kami akan beraya di rumah arwah di Pengkalan Hulu, Perak.

“Dialah yang tiap-tiap tahun akan jadi ‘ketua’ bila musim raya. Jadi bila dia sudah tiada, kata-kata arwah masih lagi terngiang-ngiang,” jelas Ika.

Selain itu Ika juga ada memberitahu MH sejak ketiadaan neneknya dia sekeluarga tidak pernah lupa untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain di rumah peninggalan neneknya. Ia juga di anggap sebagai simbolik kepada kemeriahan dan hubungan erat sesama sekeluarga.

SUMBER : MH 1612 Edisi Raya Julai 2016

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "