“Ada nampak mummy happy? Mummy tak nak Shima senyum!”

Pasti korang tahu dan rasanya punchline tersebut telah menjadi viral dan menjadi ikutan netizen sekarang bukan?

Komen itu diberikan Mas Idayu kepada Baby Shima dalam program realiti D’Academy Asia 3 dalam konsert mingguan yang berlangsung 12 November yang lalu.

Awalnya, ramai yang mengkritik komen pedas Mas Idayu, tetapi kini ia menjadi satu punchline yang melucukan di laman sosial. Malah, ramai yang telah membuat viideo parodi tersebut.

Namun keadaan menjadi lebih lucu dan hangat diperkatakan apabila Jihan Muse tidak ketinggalan membuat parodi kejadian tersebut dengan gaya mereka yang cukup membuatkan orang ramai pecah perut.

IKLAN

Rata-rata netizen memberi komen positif dan mengatakan mereka sangat terhibur dengan gelagat Jihan yang meniru gaya Mas Idayu memegang mikrofon.

Ramai turut mengkagumi kelincahan Jihan di dalam video tersebut walaupun kini sedang sarat mengandung.

IKLAN

Di Instagram, Jihan juga turut memuat naik video parodi tersebut berserta kapsyen yang cukup kelakar.

IKLAN

“Mummy suruh potong bawang je apa yang susah sangat??? Kak Rose ni sebenarnya jiran belakang rumah mummy je. Dia memang suka nyibuk hal jiran-jiran.Sekadar hiburan semata. Semoga enjoy.” Tulisnya di laman tersebut.

Video yang dikongsikan oleh MeleTOP di YouTube sejak itu telah ditonton lebih 122 ribu kali sejak semalam ia di muat naik ke media sosial.

Sumber Video: MeleTOP

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI