Susulan tersebarnya info mengenai nama sebenarnya Muhammad Sajjad yang kini menjadi viral di media sosial, ahli perniagaan terkenal, Nur Sajat memberitahu, penyebaran berhubung namanya itu adalah sesuatu yang sengaja diadakan pihak tidak bertangjungjawab, bertujuan menjatuhkan reputasi.

Kecoh Nama Sebenar Sajat, Muhammad Sajjad?

Katanya lagi, perkara seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku.

IKLAN

“Mereka yang sanggup sunting, edit nama  orang ni sebenarnya jenis tak ada kerja. Terlalu ‘kreatif’ buat perkara yang macam tu. Apa pun, saya tidak mahu fikirkan sangat mengenai perkara tersebut. Rasanya lebih baik agar saya fokus terhadap apa yang saya lakukan sekarang.

Terdahulu, gambar yang turut mengandungi informasi diri termasuk nama sebenar Nur Sajat yang kononnya bernama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu mencetuskan sensasi di jaluran media sosial lalu mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenarnya.

Ditanya mengenai bagaimanakah dirinya menangani setiap kecaman yang terpalit pada dirinya selama ini, Sajat,32, memberitahu dia lebih gemar untuk bersikap positif.

IKLAN

Kecoh Nama Sebenar Sajat, Muhammad Sajjad?

“Kita tidak boleh tutup mulut orang. Kita permata yang terpilih. Lagi dikilat, makin bersinar. Samalah dengan orang mengata. Bertahun kita kilatkan pertama tu, bertahun jugalah orang akan bercakap.

 

“Bagi saya senang. Perlu tabah dan keep positive. Kalau amik berat sangat soal orang mengata, sampai bila kita tak akan maju. Saya tidak perlu rasa takut terhadap apa yang orang kecam. Better saya rasa takut kalau bisnes tidak maju. Kalau bisnes tidak maju, bagaimana untuk saya bayar gaji pekerja dan langsaikan tangunggjawab lain?

 

“Baiklah saya fikir soal itu daripada hal yang remeh-temeh,” luah Sajat yang ditemui Media Hiburan di Majlis Rumah Terbuka Lets Cantik, di Ruang, Shah Alam, baru-baru ini.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah kenalan, rakan media dan selebriti seperti Rebecca Nur Al-Islam, Ayu Damit, Fasha Sandha, Nita Hamzah dan ramai lagi.

IKLAN

Nah, kami belanja sedikit teaser temubual bersamanya. nantikan video penuhnya di YouTube Media Hiburan, MediaHiburanOfficial

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI