Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Usia tidak menjadi penghalang untuk kita belajar mengenal kitab suci ALLAH. Bagi selebriti wanita, Mizz Nina dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya selain bersikap positif untuk membentuk keperibadian yang lebih baik pada masa hadapan.

Dirinya juga mengakui, tiada istilah terlambat dalam mengenali ALLAH SWT seterusnya memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.

“Saya sendiri belajar Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun.

 

“Saya juga usaha baiki solat. Tampung yang mana lompong selain sering diingatkan kepentingan memelihara solat.

 

“Alhamdulillah, semuanya bertambah baik sekarang.

“Apa yang penting, jangan malu dan berputus asa dan jangan rasa terlambat untuk mulakan sesuatu,” katanya pada Media Hiburan.

Bukan itu sahaja, Mizz Nina juga sangat memberi penekanan terhadap kepentingan mempelajari, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.

“Saya belajar mendalami bahasa Arab dengan ambil Diploma Pengajian Islam di Arees University. Bidang ini sentuh ilmu hadis dan fiqh.

 

“Namun, saya rasa agak sukar untuk hafal, baca dan memahami ayat-ayat al-Quran dengan baik walaupun hanya Juz Amma selepas tamat belajar.

 

“Jadi, apa yang saya lakukan, saya kembali pada yang asas dan belajar semula dari awal,” katanya.

Oleh itu, Mizz Nina kini kerap menghadiri kelas -kelas agama selain kelas Al-Quran pada setiap minggu.

“Biasanya, saya akan baca al-Quran setiap pagi dan hujung minggu, saya akan ke kelas mengaji pula.

 

“Saya masih lagi belajar dengan sebutan ayat tepat dan betul.

 

“Ia proses yang perlahan tapi sangat penting, malah saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya,” katanya.

Dia juga menyokong usaha Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Isnin lalu dan katanya lagi, masyarakat sepatutnya baca dan fahami Al-Quran pada setiap hari.

“Namun ini satu inisiatif yang sangat positif sekali gus mampu menggalakkan masyarakat untuk terus baca al-Quran,” katanya.

Katanya lagi, dia sedang berusaha untuk sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya apatah lagi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Saya masih lagi berusaha keras pastikan penghijrahan saya ini buksn separuh jalan.

 

“Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah lebih baik ini perlu istiqamah.

 

“Bukan itu sahaja, kawan-kawan juga main peranan penting. Harus saling mengingati untuk buat perkara wajib dan baik,” katanya.

Semoga Mizz Nina terus istiqamah dalam hijrahnya dan menjadi ikon kepada muslimah-muslimah di luar sana.

Sumber: Sinar Harian

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "