Kalau anda masih ingat tentang pelawak, Rahim Sepahtu yang telah mengikuti program untuk dirinya menguruskan badan iaitu Misi XL Rahim bagi menurunkan size badannya daripada XXXL ke XL telah pun berjaya.

Sejak lima minggu yang lalu, Rahim telah memulakan misinya ini dengan bantuan daripada dua orang jurulatih kesihatan untuk memastikan berat badannya turun dan sekali gus mencapai misinya untuk memakai baju size XL.

Misi XL Rahim Berjaya!

IKLAN

Dalam masa lima minggu, Rahim telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram.

“Asalnya misi ini hanyalah sekadar gurauan, tapi bila mereka kata dah ada jurulatih kesihatan, saya mula dapat rasakan program ini serius.

 

“Jadi saya ambil keputusan untuk cuba lagipun program ini hanya berlangsung selama lima minggu dan mereka lebih fokus untuk kurangkan saiz, bukannya berat.

 

“Disebabkan rasa tidak yakin, saya hanya minta untuk kurangkan saiz XXXL kepada XXL namun mereka kata terlalu senang dan tidak mencabar,” katanya kepada Astro Awani.

Menurut Rahim lagi dia tidak akan mensia-siakan ilmu yang telah diberikan kepadanya oleh jurulatihnya untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

IKLAN

Katanya lagi, bukan senang untuk orang yang sudah berumur seperti dirinya untuk menurunkan berat badan dan disebabkan itu dia tidak mahu mensia-siakan perkara yang baik seperti ini.

IKLAN

Menurut Rahim lagi, demi kebaikan kesihatannya, adalah lebih baik untuk dia terus mengamalkan ilmu yang telah diberikan kepadanya dan akan dipraktikkan olehnya dalam kehidupan hariannya.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI