Sejak akhir-akhir ini ada desas desus yang mengatakan bahawa pelakon Mira Filzah sedang hangat bercinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman mengakui bahawa dia selesa berkawan dengan Zizan.

“Saya suka dengan personaliti Zizan. Dia merupakan seorang lelaki yang baik dan kelakar. Mungkin kerana dia merupakan seorang pelawak, saya sangat selesa dan menyenangi sifatnya yang mesra.

 

“Namun begitu, saya dan Zizan hanya berkawan sahaja. Kami hanya rapat sebagai sahabat,” katanya.

Mira juga turut menambah bahawa dia tidak mahu gosip kisah percintaan dan hal peribadi mengganggu fokusnya dalam kerjaya.

IKLAN

“Saya tidak mahu cerita berkenaan cinta atau berkaitan dengan peribadi saya terlalu diperkatakan.  Buat masa ini, biarlah saya memberikan sepenuh fokus terhadap kerjaya,” katanya.  

Selain itu Mira juga menyatakan bahawa dia mahu mengukuhkan lagi namanya sebagai pengacara, pelakon dan juga sebagai ahli perniagaan dan tidak ada masa untuk memikirkan tentang cinta mahupun perkahwinan.

IKLAN

“Saya mahu mengukuhkan nama sebagai pengacara, pelakon serta ahli perniagaan.  Umur saya baru sahaja 24 tahun, masih muda untuk memikirkan soal cinta dan perkahwinan.

 

“Jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya merupakan perancangan Allah, namun begitu, saya tidak menolak jika jodoh datang awal,” katanya lagi.

Untuk info, kerjaya Mira Filzah dalam bidang peragaan bermula sejak dia berumur 17 tahun lagi sebelum beralih arah pada bidang lakonan. Drama pertama lakonannya merupakan drama yang bertajuk Dunia Lola di mana dia telah memegang watak utama sebagai Lola.

IKLAN

Drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan juga Fahrin Ahmad telah menaikkan nama Mira meskipun dia hanya memegang watak sebagai pelakon pembantu sahaja. Wataknya sebagai Suraya dalam drama tersebut dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat. Semenjak daripada itu, Mira Filzah semakin diterima oleh peminat sehingga sekarang.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI