Wah nampaknya ruangan komen di Instagram milik pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dipenuhi ucapan ucapan tahniah!

Nampaknya ramai yang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya. Tetapi betul ke?

Dakwaan itu mula timbul selepas Bella memuat naik sebuah video boomerang di akaun Instagramnya.

Walaupun belum disahkan, berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Bella.

Video tersebut memvberi fokus di bahagian perutnya sehinggakan membuat para netizen membuat spekulasi sendiri bahawa bintang filem ‘Surga yang Tak Dirindukan 2′ itu sedang hamil.

IKLAN

Malah posting Instagram suaminya, Engku Emran juga menguatkan spekulasi tersebut.

Emran memuat naik foto bersama anak perempuannya Engku Aleesya ketika sedang menonton filem ‘Star Wars: The Last Jedi’.

The Last Jedi with my first child #3D

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on

IKLAN

‘The Last Jedi with my first child #3D’. Tulisnya dilaman tersebut.

Oleh kerana itu, pasangan dua sejoli ini menjadi perbualan hangat oleh netizen.

#MHSpeku: Laudya Cynthia Bella Hamil?

#MHSpeku: Laudya Cynthia Bella Hamil?

IKLAN

Sudah pasti ramai yang teruja dan inginkan kebenaran dari empunya diri bukan?

Namun, mereka seolah-olah mahukan privasi kerana Emran telah menutup ruangan komen.

Maklumlah isterinya sangat popular terutamanya di Indonesia, 20 juta pengikut tau! Pasti jutaan komen diterima pasangan ini.

Terdahulu, Bella dan Emran telah mengejutkan ramai orang dengan status hubungan mereka dan akhirnya bernikah pada 8 September 2017 lalu

Apapun, MH doakan agar Bella dan suami dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI