Korang ada tak band Indonesia yang korang minat sangat, sampai beli cd buat koleksi? Kali ini MH nak kongsi lima band yang menjadi fenomena ketika dulu dan sehingga kini masih segar.

Jom kita tengok band mana yang ada dalam senarai MH.

1.Peterpan, Kini Noah

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu

Sebelum Noah terbentuk, nama kumpulan tersebut ialah Peterpan yang mana sudah diminati ramai orang sejak tahun 2000. Antara faktor yang membuatkan nama mereka masih kekal dalam industri sehingga hari ini adalah mereka punyai vokalis yang cukup hebat dan ternyata kacak.

 

2. Dewa 19

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu

 

Band legenda yang ditubuh sejak tahun 1986 yang terkenal dengan muzik rock dan suara vokal yang cukup bertenaga. Vokalis Dewa 19 pernah diganti sebanyak dua kali. Jangan terkejut selain Once, Ari Lasso turut pernah menjadi vokalis untuk band ini. Antara lagu mereka yang popular adalah Kangen, Angin, Risalah Hati, Pupus dan banyak lagi.

 

IKLAN

3.Sheila On 7

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu

Lagu Melompat lebih tinggi dan Sephia sememang selalu dekat dihati. Setiap lirik lagunya dapat dihayati dengan baik dan akan membuat kita ikut menyanyi bersama.

Suara vokalisnya, Duta, tak perlu dipertikaikan lagi. Malah Duta juga pernah dikategorikan sebagai salah seorang vokalis terkacak di Indonesia.

 

IKLAN

4. Padi

 

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu

Band 90an? Inilah dia. Menjadi kegilaan semua orang. Ingat tak filem yang pernah menjadi fenomena, Ungu Violet lakonan Dian Sastrowardoyo dan Rizky Hanggono? Kalau ingat, mesti suka dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban kan?

Band Padi ditubuhkan sejak tahun 1997 merupakan band yang dikenal dengan muzik rock yang mempunyai muzik yang cukup indah!

 

IKLAN

 

5. Radja

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu

Ditubuhkan pada tahun 2001 yang popular dengan lagu Benci Bilang Cinta. Lagu berentak catchy ini tak akan jemu didengari sampai bila-bila.

Rasanya kalau pergi karaoke, pasti ramai yang akan memilih lagu Radja kan?

 

Sebenarnya banyak lagi band yang menjadi kegilaan sehingga kini walaupun sudah lama tidak kedengaran disebabkan hadirnya band yang baru. Kalau nak disenaraikan semua, memang tak akan habis.

#MHBelanjaGambar band-band lain, so mana satu menjadi pilihan korang?

 

#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu
Ungu
#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu
nidji
#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu
kerispatih
#MHRecap : 5 Band Indonesia Yang Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Masa Dahulu
samsons
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI