1. Dahlia Shazwan Selamat Lahirkan Baby Girl!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

Tahniah MH ucapkan kepada pengacara, Dahlia Shazwan yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.

Menurut sumber Berita Harian, Dahlia telah melahirkan puterinya di sebuah hospital swasta di ibu kota seberat 2.7 kilogram.

MH doakan semoga Dahlia dan bayinya diberikan kesihatan yang baik.

 

2. ‘Baju Pengantin Ku Musnah Di Hanjjj Kan Designer Oppsss’ – Che Ta Kongsi Kisah Baju Pengantin Anak Saudara

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta baru-baru ini ada berkongsi kisah tentang baju pengantin anak saudaranya di Instagram.

Menurut kapsyen Che Ta, anak saudaranya sudah menempah baju kahwin enam bulan sebelum majlis namun hasilnya tidak memuaskan malah anak saudaranya terpaksa membayar berbelas ribu ringgit untuk pakaian tersebut.

IKLAN

Selamat Pengantin Baru @fatihahfaizur ?? .. letup baju ?? . Uolssss semua , hati2 na kalau nak tempah baju kawen walaupun dengan designer yg org kenai la jugak.. (sebab buat baju retis) ..anak sedaqa kami ni , tempah baju kawen 6 bulan sebelum , tapi hampeh .. malam nak kawen teqeyak balik bucu katie ya.. sob sob .. baju pengantin ku musnah di hanjjj kan designer oppsss?.. cantik lagi baju mak pengantin .. dah la bayar berbelas ribu , dan kena buat full payment baqu boleh tgk baju ya.. dh tgk , nak alter apa pun tk dilayan .. #paymentdahdapatnyah .. Bunga tangan yg sepatutnya dapat pun , “sory bunga tangan tk sempat buat “.. itu ja jawapanya .. . So sapa2 yg nak kawen lg 6 bln , yg baqu nak tempah baju kawen tu , istikharah dulu lah , betui ka designer ni yg aku nak tempah baju kawen , gitiew.. Nasib baik la , dlm simpanan mak sedaqa pengantin ni ada koleksi baju2 pengantin yg meletup 240 kali ganda dgn bj yg ditempah dgn designer itu.. #nasibbaiknyah.. letup mcm mercun mlm new year ? . @fatihinfaizur @jcw . #sapanktaudesignermanapmtepi?

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

3. Noraniza Idris Bangga Dan Terharu Lagu Dikir Puteri Dinyanyikan Peserta The Voice Thailand

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

Penyanyi yang popular dengan genre lagu Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi sumber Sinar Harian berkata dia berasa bangga dan terharu apabila lagunya Dikir Puteri dinyanyikan oleh peserta pertandingan nyanyian The Vocie Thailand baru-baru ini.

IKLAN

Video nyanyian lagu Dikir Puteri itu juga turut viral di media sosial dan hangat diperkatakan oleh netizen.

Menurut Noraniza, perkara ini jelas membuktikan bahawa pengaruh muzik Irama Malaysia berjaya menarik hati masyarakat di luar negara untuk menghargai karya tempatan.

 

IKLAN

4. Lindsay Lohan Tampil Berhijab Di London Fashion Week

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon popular antarabangsa, Lindsay Lohan yang penuh dengan kontroversi.

Baru-baru ini heboh di media sosial, Lindsay telah menghadiri London Fesyen Week dengan mengenakan hijab.

Jom MH kongsikan gambar Lindsay berhijab.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI