1. Nora Danish Menangis Anak Kena Kutuk Dengan Netizen

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Ibu mana yang sanggup mendengar orang lain berkata yang tidak elok tentang anak mereka lebih-lebih lagi apabila anaknya itu masih kecil dan belum boleh berfikir.

Pelakon popular, Nora Danish menerusi laporan Astro Gempak berkata, dia menangis apabila anaknya dikutuk oleh netizen baru-baru ini kerana terlalu sedih.

Katanya, artis juga seperti orang biasa yang mempunyai perasaan dan dia juga turut terkesan dengan tindakan netizen yang mengutuk anaknya yang masih bayi.

“Orang kata artis bolehlah tapi artis juga sekuat-kuat mereka yang biasa terkena tomahan, pada satu tahap mereka menangis juga.

 
“Suami bertanya kenapa menangis kerana ini adalah perkara biasa tapi dia ajar saya untuk bersabar dan menganggap ini perkara biasa,” katanya kepada Astro Gempak.

 

2. ‘Pabila Kau Hamparkan Sejadah Terbalik’ – Heliza Kongsi Kisah Lucu Semasa Rehearsal Lagu Jampi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Minggu lalu telah berlangsungnya konsert minggu ketiga bagi pertandingan Gema Gegar Vaganza musim yang kedua.

Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi merupakan antara barisa peserta yang turut bertanding dalam program tersebut.

IKLAN

Menerusi perkongsian Heliza di Instagramnya, dia menceritakan momen lucu yang berlaku semasa rehearsal menyanyikan lagu Jampi yang dipersembahkan oleh mereka minggu lalu.

Rata-rata peminat terhibur dengan perkongsian Heliza ini.

 

IKLAN

3. Peminat Doakan Hafiz Terus Istiqomah Dengan Imej Baru

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Penyanyi popular, Hafiz Suip baru-baru ini ada berkongsi beberapa gambar di Instagramnya dengan imej ke arah islamik.

Bertemu kerana Allah SWT berpisah kerana Allah SWT

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

IKLAN

Rata-raya peminat Hafiz kagum dengan imej barunya dan berharap Hafiz akan terus istiqomah.

 

4. Rody Kristal Bakal Tamatkan Zaman Bujang 27 April Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Gitaris kumpulan Kristal, Rody bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hatinya pada 27 April nanti.

Menurut laporan Sinar Harian, majlis nikah akan diadakan pada 27 April dan majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

Rody berkata, perasaannya ketika ini gementar tetapi dalam masa yang sama gembira kerana lebih kurang satu minggu lagi dia bakal bergelar suami.

MH doakan segala urusan Rody dan bakal isterinya menuju hari bahagia dipermudahkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI