1. Norman Jelaskan Pembubaran KRU Bukan Kerana Selisih Faham Antara Adik Beradik

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Berita kumpulan KRU yang bakal dibubarkan sebaik sahaja selesai konsert ulang tahun KRU yang ke-25 nanti begitu memeranjatkan ramai pihak.

Norman yang merupakan salah seorang anggota kumpulan ini serta juga abang kepada Yusry dan Edry menerusi laporan BH Online, menafikan pembubaran kumpulan KRU adalah disebabkan perselisihan faham antara mereka adik beradik.

“Perbalahan itu perkara biasa, malah boleh dikatakan setiap hari ia berlaku, Tetapi, tidak sehingga membuatkan hubungan kami adik-beradik berpecah-belah. Kami hanya tidak bersama di pentas nyanyian, tetapi dari segi pengurusan syarikat, semuanya masih berjalan seperti biasa.

 

“Sejak membuat persiapan sempena konsert ulang tahun ke-25 KRU, hubungan kami menjadi lebih akrab. Saya menjadi emosi pada sidang media lalu kerana terbayang wajah ibu bapa, selain mengenang sokongan peminat sejak KRU ditubuhkan.

 

“Ia bukan gimik untuk lariskan tiket konsert, sebaliknya memang keputusan itu dibuat atas kehendak bersama,” katanya kepada BH Online.

 

2. Demi Komitmen Pada Kerja, Nadia Aqilah Terpaksa Tangguh Bulan Madu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Pelakon, Nadia Aqilah yang baru sahaja bergelar isteri terpaksa menangguh bulan madu bersama suami tercinta kerana terikat dengan komitmen kerja.

IKLAN

Menurut laporan Sinar Harian, Nadia berkata jadual kerjanya pada sehingga hujung tahun ini malah selepas tiga hari berkahwin dia sudah muka bekerja kembali.

“Memang tak sempat nak fikir pasal bulan madu pun kerana saya perlu kembali bekerja bagi memenuhi komitmen yang telah diaturkan sejak awal.

 

“Kalau ikutkan memang tak ada cuti pun. Selepas tiga hari kahwin, terus kembali bekerja. Tapi saya dan suami OK sahaja kerana kami bekerja dalam bidang yang sama dan masing-masing  faham komitmen kerja.

 

“Kebetulan saya suami sama-sama terlibat dalam program, Jerayawara Bangsawan yang akan bermula pada bulan Jun nanti, jadi kira macam ‘bulan madu’ jugalah buat road tour untuk projek ini di beberapa negeri dengan dia sehingga hujung tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

 

3. Dituduh Tak Pakai ‘Seatbelt’, Cik Piah Buat Video Beri Penjelasan!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

IKLAN

Sebagai seorang selebriti sememangnya setiap perkara yang dilakukan sentiasa menjadi perhatian netizen malah pemerhatian mereka sangat tajam sehingga perkara yang kecil pun boleh dijadikan isu besar.

Penyampai radio popular, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah baru-baru ini telah memuat naik sebuah video menjawab tuduhan dirinya tidak memakai ‘seatbelt’ ketika berada di dalam kereta.

Menerusi kapsyennya, dia berkata manusia sememangnya cepat menghukum tanpa usul periksa manakala di dalam video itu Cik Piah telah menunjukkan bukti dirinya memakai seatbelt.

IKLAN

 

4. Ayu Damit Nafi Suara Sudah Tidak Sampai Untuk Nyanyi Lagu Hanya Di Mercu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Penyanyi, Ayu Damit menerusi sumber Suria.my menafikan dakwaan dirinya sudah tidak boleh menyanyikan lagu Hanya Di Mercu kerana suaranya tidak sampai untuk bahagian lagu yang tinggi.

Ayu berkata, suaranya bukan tidak sampai tetapi pihak penganjur tidak meminta dia menyanyikan lagu tersebut.

“Bukan dah tak sampai. Lagu tu tidak diminta oleh pihak penganjur jadi Ayu tidak menyanyikannya. Biasanya kalau pihak penganjur minta lagu Hanya Di Mercu, Ayu pasti akan mendendangkannya,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI