Select Page
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares

1. Umie Aida Belum Bersedia Kongsi Pengalaman Ketika Suami Ditangkap

Pelakon popular, Datin Umie Aida menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi video menjelaskan bahawa dia masih belum bersedia untuk berkongsi pengalaman berhubung isu penangkapan suaminya dahulu.

Menurut Umie, dia membuat video ini bagi menjawab soalan-soalan yang diterimanya di media sosial untuk berkongsi pengalamannya itu.

Umie juga berkata, ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian olehnya dan pengalaman yang dilaluinya serta keluarga adalah satu pengalaman yang mahal buatnya.

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

“saya belum bersedia utk berkongsi pengalaman itu. Walaupun malaysia sudah “bebas” bersuara. InsyaAllah.. bila keadaan reda pasti saya akan kongsikan… kerana banyak positive & hikmahNYA . InsyaAllah… 🙏terima kasih.. #staypositive #love #respect #experience #malaysia,” tulisnya.

 

2. ‘Macam Mana Nak Penat Kalau Kekuatan Izzue Sentiasa Ada Bersama’ – Izzue Islam

MH pasti ramai yang sedia maklum bahawa pelakon popular, Izzue Islam sentiasa berkongsi momen indah bersama isteri tercinta di media sosial.

Semalam Izzue sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi satu video yang merakamkan isterinya yang dikenali dengan nama Awin sedang mengelap kasutnya.

“orang tanya izzue tak penat ke kerja xde cuti, kehulu kehilir tido pon tak cukup? Macam mn nak penat kalau kekuatan izzue sentiasa ade bersama? @awinnurin lah semangat izzue, dia tak pernah mengeluh cakap penat 😍 doakan jodoh kami panjang yer? Amin 🤲🏽 #iian,” tulis Izzue.

Alahai bersemut betul tau MH tengok pasangan suami isteri ni! Semoga rumah tangga Izzue dan Awin berkekalan hingga ke Jannah.

 

3. Shuib Sepahtu,Siti Sarah Dan Ibu Tunai Umrah, Mohon Ampun Dan Maaf Sebelum Berangkat

Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah berkongsi di akaun Instagramya, memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke tanah suci bagi menjalankan ibadah umrah bersama isterinya, Siti Sarah dan juga ibunya.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Assalammualaikum,sy,isteri @sitisarahraissuddin dan Mama MOHON AMPUN dan MAAF diatas segala kesalahan,tutur kata,perbuatan atau apa saja khilaf kami…Halalkan yg termakan terminum juga doakan kami agar perjalanan umrah berjalan dgn baik dan mendapat Umrah yg mabrur insyaallah…Semoga kita sama2 diberkati Allah swt… .,” tulisnya.

MH doakan agar Shuib sekeluarga dipermudahkan segala urusan ibadah mereka di sana dan mendapat umrah yang mabrur.

 

4. Suami Ziana Zain Setuju Bercerai Tapi Bersyarat

Nampaknya kemelut rumah tangga penyanyi, Ziana Zain sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila hasratnya untuk berpisah secara baik dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri tidak kesampaian.

Menurut laporan Mstar Online, Armin telah membangkitkan soal anak-anak mereka dan semalam ketika di Mahkamah Rendah Syariah, dia berkata hanya akan bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap isterinya itu sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

“Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

 

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: