Select Page
  • 532
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    532
    Shares

1. ‘Jangan Hisap Dadah, Nanti Jadi Bodoh’ – Taj Innuendo

Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang kes yang melibatkan pelakon popular Datuk Farid Kamil ketika ini.

Salah seorang penyanyi daripada kumpulan Innuedo, Taj telah meluahkan isi hatinya di Facebook selepas dituduh terlibat dalam kes Farid baru-baru ini.

 

2. ‘Bagi Saya Dia Kayu Bernilai Tinggi’ – Haji Zeel Menangis Tonton Lakonan Fattah Amin

Sekarang ini filem KL Special Force sedang ditayang di pawagam dan rata-rata penonton memuji filem ini juga barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini.

Menerusi Instagram seorang pengarah dan penerbit terkenal daripada Zeel Prooduction iaitu Fadzil Teh atau lebih dikenali dengan nama Haji Zeel, dia telah berkongsi perasaannya selepas menonton filem ini.

Haji Zeel berkata, dia menangis melihat lakonan pelakon popular, Fattah Amin dan baginya Fattah adalah kayu yang bernilai tinggi.

 

3. Amyra Rosli Dan Amar Baharin Tetapkan Syarat, Anak Tidak Perlu Turun Padang Untuk Sesi Ramah Mesra.

Semua sudah sedia maklum bahawa pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin baru sahaja menimang cahaya mata mereka tahun lalu.

Tak dapat dinafikan anaknya, Aqeef Anaqi sering mendapat perhatian daripada netizen.

Menerusi sumber Astro Gempak, Amyra berkata dia dan suaminya tidak menghalang Aqeef untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda dan tidak menolak sekarang mereka sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta.

Namun begitu, Amyra berkata dia dan Amar telah menetapkan syarat, di mana Aqeef tidak perlu turun padang bagi sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang.

Katanya, Aqeef baru sahaja berusia lima bulan dan dia tidak boleh menghalang orang yang mahu dekat dan menyentuh anaknya kerana jika dihalang pasti akan ada orang yang terasa hati.

 

4. Izreen Azminda Mohon Netizen Berhenti Ganggu Rita Rudaini

Pelakon wanita popular, Izreen Azminda kini hangat menjadi perhatian netizen berhubung isu suaminya, Ude Wahid telah memfailkan cerai ke atas madunya, Intan Liana beberapa minggu yang lalu.

Rentetan daripada hal itu ramai yang melemparkan kecaman ke atas Izreen dan mendakwa pelakon ini punca dan penyebab Ude mahu menceraikan isteri pertama.

Beberapa hari selepas isu ini hangat diperkatakan, Izreen dan Ude telah menyahaktif akaun Instagram mereka.

Namun begitu ramai pula yang menyerang akaun Instagram milik pelakon popular, Rita Rudaini berhubung isu ini.

Izreen menerusi sumber Harian Metro meminta agar netizen berhenti menyerang Rita dan berkata tidak adil Rita menjadi mangsa hanya kerana mereka berkawan.

Pelakon ini juga turut menjelaskan bahawa Rita tidak terbabit atau kena mengena dengan perkara ini.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: