Select Page
  • 1.3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.3K
    Shares

1. Isteri Aliff Syukri Dedah Buka Akaun Instagram Sebab Nak Stalk Suami!

Isteri kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida menerusi akaun Instagramnya telah mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya yang kini sudah mencecah seramai satu juta pengikut.

Di ruangan kapsyen pula, Shahida mendedahkan tujuan dia membuka akaun Instagram ini pada awalnya adalah untuk memantau setiap aktiviti suami tercinta di Instagram.

“terima kasih semua yg sudi follow saya…dah 1 juta followers rasa mcm x percaya sbb mula2 buat ig ni nak stalk @aliffsyukriterlajaklaris je😂,” tulisnya.

 

2. Sah, Nita Hamzah Bakal Tamatkan Zaman Bujang 29 April

Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti, Malaysian Idol musim ke-2 bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada 29 April nanti.

Menurut laporan Astro Gempak, Nita berkata dia dan bakal suaminya akan mengadakan majlis nikah secara tertutup dan majlis resepsi akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada bulan Ogos.

“Tunang saya mahu selesaikan dahulu majlis akad nikah. Jika ada rezeki, Insya-Allah majlis resepsi di pihak lelaki akan dilakukan pada Ogos manakala di pihak saya, akan saya fikirkan kemudian.

 

“Memandangkan ini adalah akad nikah, saya dan Fareez memilih untuk mengadakannya secara tertutup di kediaman saya di Selayang dan dihadiri oleh keluarga serta teman-teman rapat,” katanya lagi.

 

3. ‘Disgusting, Kalau Ye Pun Free Janganlah Susahkan Orang’ – Tiz Zaqyah

Minggu lalu heboh di media sosial tentang keadaan yang berlaku di Aeon Tebrau dengan keadaan yang bersepah dan troli yang penuh dengan barang keperluan harian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila masyarakat berpusu-pusu menyerbu pasar raya berkenaan apabila terdengar bahawa ada individu yang ingin membayar harga barangan tersebut.

Namun begitu, mungkin kerana mereka datang lewat dan terlepas peluang keemasan tersebut membuatkan troli-troli tersebut dibiarkan bergelimpangan sedemikian rupa.

Pelakon popular, Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa kurang senang dengan perkara yang berlaku.

“Disgusting. Orang yang tolong kemaskan semua ni lagi memerlukan rasanya? No malu. Kalau ye pun free jgnlah susahkan orang. Period. Penat nak menjawab. Jangan salahkan sesiapa, semua ni common sense,” tulisnya.

 

4. Peminat Terpegun Lihat Kecantikan Atikah Suhaime Bertudung

Malam sabtu yang lalu, telah berlangsungnya konsert minggu ketiga, Gema Gegar Vaganza musim ke-2.

Pelakon, Atikah Suhaime tidak ketinggalan untuk memberi sokongan kepada tunangnya, Awi Rafael yang merupakan salah seorang peserta dalam pertandingan tersebut.

Kehadiran Atikah ke konsert itu dengan mengenakan hijab bagi menghormati pertandingan lagu-lagu ketuhanan ini telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata memuji kecantikannya.

The music was good, shared by beautiful souls. ♥️🌟 #gemagegarvaganza2018

A post shared by AtikahSuhaime💓💙 (@therealatikahsuhaime) on

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: