1. Anzalna Jual Lukisan Dan Derma Kepada Orang Yang Memerlukan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Selain daripada bakat dalam bidang lakonan, pelakon cantik, Anzalna Nasir juga turut mempunyai bakat melukis.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Anzalna telah menjual lukisan hasil tangannya dan duit hasil jualan lukisan itu akan didermakan kepada orang yang memerlukan.

Wah mulia sungguh hati Anzalna, lukisan yang dilukis oleh pelakon ini juga tidak kurang hebatnya. Kelihatan seperti hasil tangan pelukis profesional.

 

IKLAN

2. Elain Daly Timang Cahaya Mata Kedua

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Pelakon dan pengacara, Elain Daly telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 18 Mei yang lalu.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh dirinya sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

We are over the moon to announce the birth of our second daughter Mia Alice Boden.

A post shared by elainedaly (@elainedaly) on

 

IKLAN

3. Elfira Loy Kecik Hati Dikatakan Punca Rumah Tangga Nazim Othman Dan Bella Dally Runtuh

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon Nazim Othman dan isterinya, Bella Dally yang juga seorang pelakon sudah mengumumkan mereka sudah berpisah minggu lalu menerusi Instagram.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang mendakwa pelakon kecil molek, Elfira Loy sebagai punca perpisahan Nazim dan Bella.

Elfira menerusi akaun Twitternya telah meluahkan rasa kecil hati terhadap dakwaan yang tidak benar itu.

IKLAN

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

 

4. Nabil Tunai Umrah Kali Keempat Pada 10 Malam Terakhir Ramadan Nanti

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Di bulan Ramadan yang mulia ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah dan berpuasa di tanah suci.

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad menerusi laporan Mstar Online berkata dia sekali lagi bakal menunaikan umrah buat kali keempat pada 10 malam terakhir Ramadan nanti.

“Seperti mana tahun sebelumnya, saya akan ke Makkah untuk buat Umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.

 

“Alhamdulillah Allah murah dan permudahkan rezeki saya untuk sekali lagi buat Umrah dan saya memang sentiasa ternanti-nanti untuk kembali ke sana,” katanya kepada Mstar Online.

Nabil akan bertolak ke tanah suci pada 7 Jun dan pulang semula ke tanah air pada 14 Jun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI