1. Ayda Jebat Tak Puas Hati?

#MHBreakfirst: 4 Selebriti ‘Berapi’ Malam Tadi!

Jika semalam MH ada siarkan tentang pendapat Siti Nordiana yang tidak mengambil pusing dengan keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik32, namun pagi ini kami diberitahu ada seorang selebriti yang agak tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Malah, selebriti tersebut turut berkata sinis tentang pemilihan tersebut. Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan, Si Kenit, Ayda Jebat!

Ayda seakan memerli seseorang dengan mengatakan mungkin dirinya perlu berbaik dengan juri

Tapi kami agak pelik, jarang sekali Ayda meluahkan rasa kekecewaannya secara terbuka seperti ini. Apa yang dah jadi? Hmmm… sesuatu sangat kan?

2. Mas Idayu Bikin Kecoh Di Rancangan D’Academy Asia?

#MHBreakfirst: 4 Selebriti ‘Berapi’ Malam Tadi!

Buat yang terlepas semalam, sebuah video dari sudutan program realiti televisyen yang mengandingkan beberapa buah Asia dalam satu pertandingan menjadi viral dan heboh diperkatakan kerana salah seorang ratu dangdut Malaysia, Mas Idayu.

Mas Idayu yang popular dengan gelaran Mami itu ‘naik hantu’ kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang peserta Malaysia, Baby Shima yang bertanding dalam program tersebut.

IKLAN

Walaupun sangat sukakan persembahan peserta tersebut namun Mas Idayu masih tidak berpuas hati dengan teknik kawalan vokal yang tidak memuaskan hati.

Mas Idayu kelihatan sungguh geram dan menahan marah sambil mengurut-urut dadanya. MH diberitahu, selepas iklan disiarkan, Mas Idayu mengadu mengalami sakit di bahagian dada. Namun sejauh mana kebetulan cerita ini kami sendiri tidak boleh sahkan.

SELANJUTNYA: Mas Idayu Mengamuk Dalam Rancangan D’Academy Asia

3. Janna Nick Marah Pada Siapa Pula Ni?

#MHBreakfirst: 4 Selebriti ‘Berapi’ Malam Tadi!

Rasanya baru sahaja kami kongsikan tentang #MHSpeku Janna Nick tidak puas hati dengan siapa?

IKLAN

BACA: #MHSpeku Janna Nick Tak Puas Hati?

Tapi semalam, kami tersedar Janna ada kongsi beberapa luahan di Insta storiesnya dengan ucapan yang agak panjang.

Apa yang MH faham sepatutnya kes ini sudah selesai namun masih ada pihak yang menimbulkan semula isu ini hingga menyebabkan Janna terpaksa bersuara sekali lagi.

SELANJUTNYA : Janna Nick Bergaduh Dengan Siapa Sebenarnya?

4. Altimet ‘Bersuara’ Di Twitter

#MHBreakfirst: 4 Selebriti ‘Berapi’ Malam Tadi!

IKLAN

Nampaknya kes AJL32 kali ni memang benar-benar hangat diperkatakan.

Malah netizen juga berani menyuarakan pendapat mereka secara terbuka sehinggaada yang terlebih kata.

Rupa-rupanya ramai yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi berjaya meloloskan diri ke peringka akhir Muzik-Muzik32.

Tidak goyang dengan apa yang diperkatakan nampaknya Altimet lebih selesa bersuara dan melawan segala anasir negatif yang dikatakan sengaja cuba ‘mencucuk’.

SELANJUTNYA : Altimet Minta Haters Buat Petisyen?

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI