Rasa-rasanya, lama kan MH tak kongsi perkembangan mengenai pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida? Apa agaknya cerita beliau sekarang ni?

Menerusi tinjauan MH di laman Instagram miliknya, MH tertarik dengan satu perkongsian oleh beliau yang membuatkan dia menitiskan air mata.

“Hati saya tersentuh, tiba tiba air mata menitis, sebak. Baca ya, wajib. Nukilan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas PRU bertajuk, ‘Perjuangan Terakhir’,” tulisnya.

“Nukilan Tun M after Pilihanraya?
PERJUANGAN TERAKHIR
Tun Mahathir bin Mohamad

Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan

Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa

Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMu, pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih dikurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku

Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq, menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman

Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq

Amin Ya-Rabbal ‘alamin – Tun Dr Mahathir”

Tidak dinafikan memang agak tersentuh bila baca nukilan ini, begitu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Tun M demi negara tercinta.

IKLAN

Netizen turut memberi respon yang sama dan tersentuh atas nukilan insan yang banyak berjasa pada negara kita ini…

“Menitis Air Mata” – DSV Kongsi Rasa Tersentuh Baca ‘Perjuangan Terakhir’ Tun M!

IKLAN

“Menitis Air Mata” – DSV Kongsi Rasa Tersentuh Baca ‘Perjuangan Terakhir’ Tun M!

IKLAN

“Menitis Air Mata” – DSV Kongsi Rasa Tersentuh Baca ‘Perjuangan Terakhir’ Tun M!
Bayangkan sehingga umurnya mencecah 93 tahun, Tun M tidak pernah berhenti mempertahankan negaranya sendiri.

“Menitis Air Mata” – DSV Kongsi Rasa Tersentuh Baca ‘Perjuangan Terakhir’ Tun M!

Tidak hairanlah mengapa DSV tersentuh membaca nukilan ini, MH juga dapat rasa benda yang sama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI