Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh Norman Hakim ke Instagram telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Dengan meletak caption “Ni Baru Betul #renunganMautBinikuNinja” disertakan sekali dengan gambar bersama isterinya Memey yang berpurdah membuatkan ramai yang memberi respon terhadap pekara itu.

 

Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja 😬 . . Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Sungguh pun masih belum mengesahkan apa-apa tentang perubahan Memey, Norman tetap memberi sokongan dan galakan untuk berubah walaupun ia mengambil masa sedikit.

Melihat apa yang telah dimuat naik oleh bekas Hero Remaja 1993/94, kebanyakan netizen memberi respons yang sangat positif.

Malah ada juga yang mendoakan semoga Memey terus istiqamah dan tidak cepat mengalah untuk terus perbaiki diri dari masa ke masa.

Jika benar Memey sudah berubah ke arah itu, MH Online mendoakan yang terbaik untuknya. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Amin.

Ini dia beberapa keping gambar kedua pasangan bahagia ini…

 

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "