Nama Azrel Ismail kini meniti di bibir peminat tempatan apabila drama bersiri popular, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bergandingan pelakon cantik, Raysha Rizrose dan Idris Khan mula menjadi tular.

‘Memang Harus Dibenci’ – Azrel Ismail

Drama yang adaptasi novel karya Umi Syidah yang menghiasi slot Akasia TV3 telah menjadikan Azrel digilai ramai. Kini Figura kacak ini menjadi salah seorang hero pujaan Malaya.

Nama Azrel dan watak romantiknya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kerana karakter sweet dan loving itu membuatkan pelakon tampan berusia 33 tahun ini cukup dikenali di kalangan penonton.

IKLAN

Namun pertama kali, anak kelahiran Taiping, Perak ini telah cuba lari dengan karakter romantik dan beralih ke antagonis.

“Alhamdulillah, ini pertama kali saya bawa psiko antagonis, respon ramai yang tak suka watak yang saya bawa, bermakna itu bagus kerana watak tu memang watak yang harus dibenci,” katanya

Tambah Azrel, sebagai pelakon baru, dia sentiasa mengamalkan disiplin, merendah diri, dan paling penting komited dalam kerjaya seni.

Mengakui masih belum puas melakonkan pelbagai watak dalam sesebuah produksi, disbabkan itulah Azrel lebih selesa memilih drama sebagai medium untuk mengasah bakatnya dalam bidang lakonan sehingga dikatakan muka drama.

IKLAN

Walaupun dilabel sebagai muka drama, namun, Azrel selesa memilih drama sebagai mata pencarian kerana ia lebih menyeronokkan.

“Namun, InsyaAllah saya juga berlakon filem, tahun lepas baru habis shooting filem Pulang, yang akan berada di pawagam tahun depan dan 31 Ogos nanti, Mendidih Bro untuk hari kemerdekaan yang akan berada di semua pawangan,” katanya.

‘Memang Harus Dibenci’ – Azrel Ismail

IKLAN

Sempat ditanya mengenai hubungannya dengan aktres cantik, Ruhainies , Azrel berkata, ia masih terjalin dengan baik.

“Hubungan saya dan Ruhainies masih baik, kami sekadar teman rapat dan tak lebih daripada itu. Sesekali ada juga saya hantar mesej bertanya khabar,” katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon berkenaan.

Berkenaan perkembangan terbaru, Azrel masih sibuk menjalani penggambaran drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin sampai minggu depan.

Sambungnya, jika ada rezeki, tentu saja beliau teringin menggenggam apa-apa anugerah dalam bidang lakonan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI